
SELAYANG PANDANG, 7 MAC 2019 – “Alhamdulillah, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia terutamanya Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq atas keprihatinan beliau mendekati kumpulan belia basikal lajak. Pendekatan sebegini amat diperlukan memandangkan kumpulan ini sering dipandang negatif oleh anggota masyarakat. Anak-anak muda ini berpotensi besar jika dibentuk dan dibimbing malah boleh diketengahkan sebagai atlet sukan berbasikal. Terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak yang turut mengundang MAYC Selayang selaku rakan kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini nanti”, Saudara Kamarul, Pengerusi MAYC Selayang.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 435



