KUALA LANGAT, 7 MAC 2019 – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah satu anugerah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia. Bagi tahun 2019, Daerah Kuala Langat akan diwakili oleh Pertubuhan Belia Hindu Kuala Langat bagi Kategori Pertubuhan. Manakala bagi kategori individu wanita diwakili oleh Saudari Salbiah binti Abdul Ghani, Penolong Setiausaha MAYC Kuala Langat merangkap Pengerusi Kelab Belia Dinamik.
Pihak PBSD Kuala Langat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019.
Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 605

