
SHAH ALAM, 20 MAC 2019 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah mengadakan satu satu Mesyuarat Penyelarasan Modul Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Tahap 1 bertempat di Bilik Mesyuarat, JBS Negeri Selangor. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Tuan Muázamir bin Jili, Timbalan Pengarah (Belia) JBS Negeri Selangor. Bermula jam 2.30 petang dan di hadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan daerah dan pihak Majlis Belia Selangor yang terlibat dalam program ini.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentang dan membincangkan modul-modul Program KPO Tahap 1 ini agar penyampaian maklumat kepada para peserta kursus nanti lebih berkesan dan tersusun. Dalam modul ini diselitkan juga modul berkaitan integriti dalam pengurusan organisasi belia dan modul tersebut akan disampaikan oleh pihak SPRM.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Belia 1, PBSD Petaling.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Petaling
- JBS Selangor
- Hits: 384






