KLANG, 26 MAC 2019 – Wakil PBSD Klang yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad bersama Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Cik Malina Migon serta Encik Mohamad Ali bin Mahat telah terlibat dalam Program FitMalaysia Edisi Negeri Selangor 2019 yang berlangsung pada hujung minggu lepas. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam ini turut menempa sejarah tersendiri apabila disertai oleh lebih 10,000 orang peserta.
Majlis perasmian telah disempurnakan dengan jayanya oleh Dato Menteri Besar Negeri Selangor, YAB Tuan Amirudin bin Shari bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. Wakil PBSD Klang turut bergambar bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar sebagai tanda kenangan usai program berakhir.
Disediakan oleh : Mohamad Ali bin Mahat, PBSD Klang
- JBS Selangor
- Hits: 400
