HULU LANGAT, 4 FEBRUARI 2019 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Langat telah menerima kemasukan Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang baru.
Tuan Syed Mashor bin Wan Mahbar yang sebelum ini bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling telah memulakan tugas di sini pada 4 Februari 2019 (Isnin) bagi menggantikan Encik Halman bin Salleh yang telah bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling.
Beliau mengharapkan agar setiap warga kerja di PBSD Hulu Langat dapat bekerja bersama-sama dengannya bagi menaikkan nama Daerah Hulu Langat dan memacu hasil kerja yang positif serta mengekalkan hubungan baik antara agensi kerajaan dan NGO tempatan.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 443







