
SHAH ALAM, 27 FEBRUARI 2019 – YBhg. Tuan Sabran bin Abd Bahar telah mempengerusikan sesi ini di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bermula jam 9.00 pagi. Sesi telah dihadiri oleh semua Pegawai Belia dan Sukan dari daerah dan negeri.
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang perlaksanaan program mengikut profil yang telah diturunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi dilaksanakan dalam masa setengah tahun pertama tahun ini. Setiap unit telah membuat pembentangan Kertas Kerja Program. Terdapat program-program besar yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini antaranya ialah Majlis Perundingan Belia Negara, Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor, Kursus Pengurusan Organisasi, FitMalaysia Peringkat Negeri Selangor dan Program Sesi Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama Kumpulan Basikal Lajak.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling beserta semua Penolong Pegawai telah hadir dalam sesi RETREAT ini.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Petaling
- JBS Selangor
- Hits: 616


