
BANTING, 24 SEPTEMBER 2018 – Selesai mesyuarat pelaksanaan bagi membincangkan perancangan awal Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Daerah Kuala Langat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Saiful Bahari bin Ruslan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kelanang, Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat. Semua agensi kerajaan dan IPTA/ IPTA dijemput bersama-sama bagi membincangkan perjalanan dan pengisian program bagi HSN 2018 Kuala Langat yang akan diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan MDKL Kuala Langat.
Agensi yang terlibat menunjukkan respon yang baik dalam menjayakan program tersebut. Diharap hasil mesyuarat ini dapat memberi garis panduan kepada semua pihak terlibat dalam melaksanakan HSN 2018 Daerah Kuala Langat.
Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 465









