RINCHING, 1 MAC 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah mengadakan Klinik ALL Terrain Vehicle (ATV) Negeri Selangor yang diadakan di Rinching Adventure Park pada 27 Februari 2022 yang lalu.
Program ini disertai seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada persatuan-persatuan sukan dan belia. Turut hadir sama Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBSN Selangor. Sepanjang klinik berlangsung Peserta-peserta diajar cara penggunaan ATV yang betul dan juga aspek-aspek keselamatan dalam pengunaan ATV.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan
- JBS Selangor
- Hits: 270
