SHAH ALAM, 30 MAC 2022 – Cik Look Xin Dey dan Encik Muhammad Faiz Bin Amir dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Selangor telah menghadiri Taklimat dan Bengkel Tapisan Keselamatan E-Vetting bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Tujuan taklimat ini adalah satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara. Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam yang memungkinkan mereka terlibat dengan pendedahan maklumat rahsia rasmi.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 374
