BANDAR BARU SELAYANG, 10 MAC 2022 – Mohd Azwan Bin Ramli merupakan salah seorang calon Individu Lelaki, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada APBN.
“Satu pentas pengiktirafan bagi belia yang menyumbang bakti untuk memajukan sektor belia dari segi ekonomi, salsiah dan juga pembangunan belia. yang penting berbakti pada ummah raja dan negara,” Saudara Mohd Azwan Bin Ramli.
“Penyertaan saya kali ini dalah tahun ke 8 saya menyertai, menang kalah tu adat, jika menang ia adalah rezeki jika kalah ia bukan satu dosa, penyertaan ini adalah satu cara untuk berkenalan diantara belia-belia yang lama dan baru. Bukan sekadar meramaikan majlis, tapi meraikan juga belia disini. saya diajar dengan baik tiba masanya pula saya menyumbang semula dengan baik,” ujar beliau.
“Harapan saya supaya lebih ramai lagi belia menyertai pencalonan ini, kerana bukan kita kejar pada nama dan wang kemenangan tapi kita berkejar ke arah kualiti dan saingan yang sihat untuk membangunkan belia di negara kita. Saya bersyukur ke hadrat ilahi memberi saya ruang dan peluang untuk menyumbang. Saya juga mengucapkan terima kasih pada ibu bapa, keluarga, saudara, mentor-mentor, jurulatih, sahabat-sahabat dan kenalan, kerana anda mendidik saya menjadi kuat, kuat untuk berjuang untuk anak bangsa. Biar kuantiti kita sikit tetapi kualiti kita mempu menggegarkan negara, terima kasih semua.” Saudara Mohd Azwan Bin Ramli.
Saudara Mohd Azwan Bin Ramli berkongsikan harapan dan perasaan beliau menjadi calon APBN mewakili daerah Gombak buat kali kelapan (8). Syabas dan Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Saudara Mohd Azwan Bin Ramli semoga terus berbakti kepada Malaysia.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 254
