SHAH ALAM, 17 FEBRUARI 2022 - Puan Nurul Nadia binti Sallehuddin, Pembantu Cawangan Post Khidmat Negara, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menjalani kursus secara atas talian semalam. Masa pembelajaran kursus untuk adalah selama enam (6) jam bersamaan satu (1) hari kursus wajib bagi penjawat awam pada tahun ini.
E-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA ini adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSa yang disediakan bebas dan mudah.
Disediakan oleh : Emir Mohd Zen, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 318
