SHAH ALAM, 5 JANUARI 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mengucapkan sekalung tahniah dan selamat datang buat Yang Berbahagia Dato’ Jana Santhiran Muniayan atas pelantikan sebagaai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Disediakan oleh: Eme Julianna, Bahagian Pembangunan Belia
SHAH ALAM, 3 JANUARI 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mengucapkan sekalung tahniah buat Yang Berusaha Tuan Mohd Azhari bin Mohammad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang baharu. “Kami berasa begitu teruja di atas pelantikan ini dan sentiasa bersemangat meneruskan agenda pemerkasaan belia dan sukan dari akar umbi.” Ujar Encik Mohd Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah (Belia). Disediakan oleh: Eme Julianna, Bahagian Pembangunan Belia
SHAH ALAM, 6 JANUARI 2022 - Hebahan ini khas buat belia-belia di negeri Selangor yang berminat untuk menyertai Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS. Skuad ini perlu sentiasa bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa bagi misi pasca banjir di Negeri Sembilan, Melaka atau Johor. Untuk maklumat lanjut, segeralah hubungi 03-88713724 atau scan QR Code di posterbagi menghubungi pegawai perhubungan di lokaliti anda. Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 3 JANUARI 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Yang Berusaha Tuan Mohd Azhari bin Mohammad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). “Semoga beliau diberi kekuatan untuk mentadbir JBSN dan membuahkan idea yang bernas dalam melaksanakan tugasan baharu kelak.” ujar Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda).Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 3 JANUARI 2022 - “Saya mewakili Bahagian Pembangunan Rakan Muda khususnya dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor amnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022. Semoga azam tahun baru ini tercapai dengan jayanya dan beroleh rahmat daripada Allah SWT.” ujar Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakian Muda). Kertas putih kosong, anda tulis, anda lukis, anda tentukan. Jadikan cerita 2022 anda.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
BANGI, 16 DISEMBER 2021 – Telah berlangsung Konvensyen ‘Life After Gold’ Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan Majlis Pentauliahan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Tahun 2021 pada 16 Disember 2021 (Khamis) bertempat di Ballroom, Bangi Resort Hotel. YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah hadir ke Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Encik Mohd Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah, Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah dan Encik Mohd Saibie bin Ibrahim.Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas pencapaian peserta dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahun 2021.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
KUALA KUBU BHARU, 29 NOVEMBER 2021 – Lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan, YB Dato`` Seri Ahmad Faizal Bin Dato`` Azumu ke tapak aktiviti Bridge Rope Swing, Jambatan Sungai Peretak, Kuala Kubu Bharu. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengatahui bagaimana aktiviti ni dijalankan dan mengenalpasti masalah yang berlaku sewaktu aktiviti ini beroperasi. Aktiviti ini dikendalikan oleh Rentas Adventure.Lawatan juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Puan June Leow Hsiad Hui, Pegawai Daerah/Tanah Hulu Selangor, Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, YDH SUPT. Arsad Bin Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Hasnata Bin Hasan serta wakil Malaysia Challenge Course Association (MCC), Encik Saifful Pathil.Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 – Telah berlangsung Morning Prayer Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor pada 10 November 2021 (Rabu). Mesyuarat yang bermula jam 9:00 pagi tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor dan dihadiri oleh semua Ketua Bahagian di Ibu Pejabat, Ketua Pembantu Tadbir (Pentadibiran) dan Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan). Mesyuarat menjurus kepada perbincangan pengurusan pentadbiran dan kewangan juga program-program yang telah dan akan dilaksanakan.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 – Telah berlangsung satu Majlis Apresiasi Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, Peringkat Negeri Selangor pada 9 November 2021, bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor. YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dijemput hadir ke Majlis tersebut dan telah menerima Sijil Penghargaan kerana turut terlibat sebagai Panel Jemputan bagi “Webinar Diskusi Menjentik Minda-Belia Cakna Alam Sekitar” yang berlangsung pada 21 Oktober 2021 yang lalu.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231