HULU LANGAT, 21 FEBRUARI 2022 - Pegawai Daerah Hulu Langat, Yang Berbahagia Dr. Ani binti Ahmad telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Sukan Menembak bersempena Program “Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah” (SMARD) Siri 2 yang diadakan di Lapang Sasar, Kelab Menembak Bandar Kajang (KMBK), Sungai Jelok di sini.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Pengerusi KMBK, Yang Berusaha Dato’ Lathpi bin Ahmad, wakil penduduk Taman Impian Ehsan dan wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Hartyny Saha binti Haji Mohd Sanusi.
Dr. Ani juga berkesempatan merasai pengalaman menggunakan senjata dan beramah mesra bersama para belia dari Taman Impian Ehsan, Cheras.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 306
