HULU LANGAT, 27 JANUARI 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah meluangkan masa mengikut Perhimpunan Bulanan KBS Januari 2022 secara atas talian bersama-sama pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL). Perhimpunan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Perhimpunan itu juga turut dihadiri secara atas talian oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) dan kepimpinan JBSS dan daerah. Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 265
