PANDAN, 1 MAC 2022 - Penduduk Flat Pandan Indah telah menyertai Pertandingan Badminton bersempena Program Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) Mukim Pandan di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Program usahasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang, MPAJ dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Flat Pandan Indah.
Flat Pandan Indah merupakan antara Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) bagi ancaman dadah dikalangan komuniti di Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 347
