BANDAR BARU SELAYANG, 21 MAC 2022 - Kelab Belia Kampung Setia Kuang (KBKS) merupakan sebuah pertubuhan belia yang aktif di daerah Gombak. Seramai Sembilan orang telah mewakil KBKS, mereka terdiri daripada tujuh (7) orang peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), dan dua (2) pemimpin ARPRM bagi Badan Operasi PBSD Daerah Gombak, mereka berdua adalah, Cik Nursyafiqah Hussin dan Encik Amirul Amin Md Shah.
Mereka bertolak ke Kelantan pada 18 Mac 2022, pada jam 6.00 petang. Setibanya mereka di Negeri Kelantan, program dan agihan barangan serta keperluan dari rumah ke rumah bersama-sama NGO-NGO di Kelantan yang dipimpin oleh AJK Bakti Kasih Malaysia telah disempurnakan dengan baik. Tahniah dan Syabas pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada KBKS yang telah berjaya menajalankan Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 21 MAC 2022 – Encik Muhammad Rozaimi Bin Abdul Kadir Jelani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, telah hadir ke Mesyuarat Agung Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA). KERISMA merupakan sebuah kelab yang telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Untuk makluman, sempena Mesyuarat Agung kali ini, KERISMA telah melancarkan juga Baju Rasmi mereka di mana majlis telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Rozaimi Bin Abdul Kadir Jelani bertempat di Nur Laman Bestari.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 21 MAC 2022 – Saudara Zulkhairi Bin Zainal Hisham, Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Daerah Gombak bagi Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, telah hadir Program anjuran Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak untuk memberikan Taklimat ARP Rakan Muda.
Untuk makluman, AADK Daerah Gombak telah menganjurkan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) di mana peserta terdiri daripada belia tempatan yang berusia 15 hingga 17 tahun, yang mana, usia mereka sesuai untuk menyertai ARP Rakan Muda. Para peserta beruntung kerana Zul kahiri atau[un lebih mesra dengan panggilan Ajoi merupakan bekas peserta ARP yang telah Berjaya merangkul ketiga-tiga tahap di dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 21 MAC 2022 – Encik Muhammad Rozaimi Bin Abdul Kadir Jelani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, telah hadir ke Majlis Penutup program anjuran Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak.
Untuk makluman, AADK Daerah Gombak telah menganjurkan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) selama dua hari satu malam bertempat di Kem Laman Nur Bestari, Ulu Yam Selangor. Program ini telah berjaya mengumpulkan remaja berumur 15 hingga 17 tahun dari kawasan berisiko tinggi (KBT) mukim batu, seperti Selayang, Kg. Nakhoda, Sg. Tua dan Kg. Laksamana. Selain itu ia turut disertai oleh remaja dari Kolej Azmida yang kebanyakannya merupakan komuniti dari kawasan sekitar mukim batu juga.
Menerusi program ini, pohak AADK Daerah Gombak dapat bertemu sendiri dengan remaja yang perlu mereka adalah aset negara yang tidak boleh kita remehkan. Kem ini memberi ruang kami melatih mereka dengan pelbagai kemahiran hidup seperti copping skills mengatakan tidak kepada dadah dan substance, kemahiran menguruskan masalah dan tekanan serta pengurusan diri untuk menjadi individu yang berjiwa positif dan mempunyai jati diri yang kuat menjadi keutamaan pengisian program kali ini.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SHAH ALAM, 17 MAC 2022 – Telah berlangsung Taklimat Tatacara perolehan dan Kewangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor pada 1 hingga 3 Mac 2022 (Selasa – Khamis) bertempat di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS), Banting, Morib, Selangor. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBSN Selangor Taklimat tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat dan juga di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Taklimat tersebut bertujuan bagi meningkatkan lagi ilmu dan kefahaman pegawai dan kakitangan berhubung dengan tatacara perolehan dan Kewangan di Jabatan.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
BANDAR BARU SELAYANG, 15 MAC 2022 - Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) merupakan sebuah pertubuhan belia yang aktif di Negeri Selangor.
“APBN adalah sebuah anugerah penghargaan kepada belia yang aktif dalam memberi khidmat dan menyumbang pada masyarakat. Selain itu juga, ia membentuk satu daya saing yang sihat kepada belia di Malaysia untuk terus menjadi harapan negara dan bangsa!,” Saudara Muhammad Taufiq Hidayah Bin Mohamad Kuturi, Setiausaha Agung PEPIAS.
“Perasaan saya selaku Setiausaha Agung PEPIAS menyertai APBN kali ini adalah sangat mengharapkan PEPIAS mendapat tempat pertama bagi kategori pertubuhan peringkat negeri Selangor. Untuk makluman, pada dua tahun lepas kami hanya mampu mendapat tempat ketiga (3), dan insyaAllah keterujaan kali ini disertai dengan sepenuh usaha bagi melayakkan PEPIAS mendapat tempat pertama bagi anugerah ini sebagaimana yang selayaknya dalam usaha pembangunan masyarakat khususnya bagi anak muda”, ujar Setiausaha Agung PEPIAS.
“Harapan saya semestinya yang terbaik buat PEPIAS bagi penyertaan ABPN kali ini. Tempat pertama menjadi sasaran dan semoga penganugerahan ini dapat menaikkan semangat lebih lagi, bagi seluruh ahli PEPIAS dalam menggerakkan usaha membina dan membangun belia khususnya di Selangor. Justeru itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Belia Negeri Selangor dan juga Kementerian Belia dan Sukan atas penganjuran anugerah ini bagi mengiktiraf pertubuhan atau persatuan yang banyak menyumbang kepada masyarakat,” Saudara Muhammad Taufiq Hidayah Bin Mohamad Kuturi, Setiausaha Agung PEPIAS.
Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), semoga terus istiqamah berbakti kepada komuniti, bangsa, negeri dan negara.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SHAH ALAM, 14 MAC 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Klinik Asas Go Kart Negeri Selangor pada 12 Mac 2022 bertempat di City Karting, Shah Alam. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.
“Program seperti ini perlu dilaksanakan secara berkala bagi memberi peluang kepada semua belia khususnya di Negeri Selangor”, ujar Encik Mohd Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah Belia. Beliau hadir bagi merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Disediakan oleh: Eme Julianna, Bahagian Pembangunan Belia
BANDAR BARU SELAYANG, 11 MAC 2022 – Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam merupakan salah seorang calon Individu Wanita, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak.
“APBN merupakan satu platform pengiktirafan kepada belia yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang untuk terus berbakti kepada masyarakat, bangsa dan Negara. Ianya juga merupakan satu petanda aras atas pencapaian persendirian dalam membuktikan keupayaan diri tiada limit”. Dengan penganugerahan ini, dapat meningkatkan semangat belia-belia khususnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal erti mengalah”, Saudari Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam.
“APBN 2022 merupakan kali ketiga (3) penyertaan saya mewakili daerah Gombak. Secara peribadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengenali saya kerana terus menyokong untuk menghantar penyertaan pencalonan pada tahun ini walaupun pada awalnya saya merasakan kurang layak kerana sudah jarang terlibat secara langsung dalam aktiviti sukarelawan belia sejak covid-19 melanda kerana perlu mengutamakan keselamatan anak yang masih kecil dan keadaan diri yang sedang hamil. InShaaAllah, perjalanan belia saya tidak akan terhenti di sini. APBN 2022 adalah pemangkin untuk saya terus berdaya saing dan aktif dalam setiap program kemasyarakatan”, ujar Saudari Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam.
“APBN bukanlah satu platform mengejar trofi, kedudukan ataupun wang. Harapan saya agar, lebih ramai belia wanita khususnya yang sudah berkahwin untuk terus berbakti kepada masyarat walaupun terasa seperti susah namun inilah masanya untuk anda menguji keupayaan diri dan membuktikan bahawa wanita juga mampu berdikari dan berdaya saing” ujar beliau lagi.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami Nuralif Affandi bin Nor Rahmat kerana sentiasa menyokong dan membantu dalam setiap program yang dirancang. Tidak dilupakan juga kepada arwah bapa Shahrul Nizam bin Sharudin serta ibu saya Nora Azni binti Sapuan kerana sentiasa menyokong dan memberi dorongan dalam setiap perjalanan saya berkhidmat kepada masyarakat. Kepada pengerusi MBD Gombak, Abang Fahmy bin Alfian, terima kasih saya ucapkan kerana sudi menerima saya dalam keluarga MBD Gombak dan juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang lain. “Hati kena sentiasa kental bro!”. Saudari Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam.
Saudari Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam berkongsikan harapan dan perasaan beliau menjadi calon APBN mewakili daerah Gombak buat kali ketiga. Syabas dan Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Saudari Shaherwiena Nadhirah Binti Shahrul Nizam semoga terus berbakti kepada Malaysia.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 10 MAC 2022 – Hairul Anuar Bin Zaiton merupakan salah seorang calon Individu Lelaki, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak buat julung kalinya.
“APBN merupakan sebuah pentas bagi golongon belia mengkasifikasikan aktiviti dan sumbangan mereka secara sukarela berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat setempat. Ianya sesuatu yang sangat sihat bagi golongan belia seperti saya,” Saudara Hairul Anuar Bin Zaiton.
“Syukur, alhamdulillah, perasaan teruja membuak-buak di dalam hati ini, buat julung kalinya sumbangan saya ingin dinilai oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Bagi saya dapat menjayakan sesebuah program sehingga selesai adalah anugerah terhebat bagi saya” ujar beliau.
“Harapan dan doa saya agar semua sahabat belia di Gombak berada di dalam rahmat Allah S.W.T, dijauhi dari penyakit berjangkit Covid-19 dan diberi ketajaman akal fikiran, pertimbangan yang baik ketika ingin membuat sesuatu keputusan dan teruslah memberi sumbangan idea demi pembangunan belia tempatan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gombak, kepada Encik Fahmy Alfian (Pengerusi Majlis Belia Negeri Selangor Daerah Gombak), kepada En Rahmat Hidayat (Pengerusi Belia 4b Kawasan Gombak) yang sentiasa memberi ruang dan tunjuk ajar di dalam organisasi belia, terima kasih semua. Saya kongsikan kata-kata ini sebagai peringatan bersama, “Insan yang cemerlang, datangnya dari akal, dari hati yang tenang dan jiwa yang mantap,” Saudara Hairul Anuar Bin Zaiton.
Saudara Hairul Anuar Bin Zaiton berkongsikan harapan dan perasaan beliau menjadi calon APBN mewakili daerah Gombak buat kali pertama. Syabas dan Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Saudara Hairul Anuar Bin Zaiton semoga terus berbakti kepada Malaysia.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231