KUALA LIPIS, 5 APRIL 2022 – Bahagian Pembangunan Sukan, jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengdakan Kursus UKJK kepada pegawai lantikan baru pada 17 Mac yang lalu dan seramai 42 orang yang terdiri daripada Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan dan Skim Perkhidmatan Latihan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Cik Nor Kasmawati binti Wan Mohd Nawi dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah di pilih sebagai salah seorang Fasilitator untuk program tersebut.
Disediakan oleh : Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan
TAMAN BOTANI, 5 APRIL 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan dengan Kerjasama Kelab Larian Jomrun telah menganjurkan Program Road To Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor 2022 pada 27 Mac yang lalu dan telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Poils Selangor. Seramai 800 orang telah hadir untuk menyertai larian tersebut. Ini merupakan larian secara fizikal yang pertama selepas era pendemik Covid-19.
Disediakan oleh : Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan
BUKIT JELUTONG, 5 APRIL 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah mengadakan Klinik Asas Footgolf yang diadakan di Bukit Jelutong Golf Club pada 30 Mac yang lalu.
Program ini disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Sukan . Turut hadir sama Encik Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Peg Unit rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Klinik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada sukan yang semakin ‘trending’ di kalangan masyarakat setempat. Tekinik-teknik asas telah di ajar semasa klinik ini berlangsung
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh En Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Cawangan Pengalakan dan Pembangunan Sukan
Disediakan oleh : Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan
SHAH ALAM,4 APRIL 2022 – YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah dijemput hadir ke Majlis Penghargaan Atlet Renang Para Selangor pada 1 April 2022 (Jumaat) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Mardhiyyah, Shah Alam, Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Para Selangor (REPS) tersebut bertujuan bagi menyampaikan penghargaan kepada Atlet Renang Para Selangor yang telah berjaya merangkul kejuaraan di beberapa pertandingan pada tahun ini seperti di ‘World Series Para Swimming’, Lignano Italy, Sirkit Kebangsaan Para Renang 2022 dan Selangor ‘Age Group’.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
KG. SETIA KUANG, 3 APRIL 2022 – Malam kedua Tarawih, Program Rakan Muda Ramadan Tadarus Peringkat Daerah Gombak 2022 diteruskan lagi memasuki hari kedua. Dengan penyertaan pada malam kedua juga turut disertai seramai 20 orang peserta disamping jemaah Surau turut Bersama-sama bertadarus.
“Seramai 20 orang ahli kelab bertadarus bagi malam kedua ini, Tadarus Al-Quran dipilih sebagai program yang wajib pada setiap tahun ketika dibulan Ramadan, kemeriahan di Surau Jumaat Kampung Setia Kuang juga bertambah dengan kehadiran para Jemaah untuk turut serta bersama-sama belia dan belia wanis KBKS bertadarus. Semoga Allah melipatkali gandakan pahala kebaikan untuk kita semua,” Maizatul Izani Mohd Azizi, Setiausaha Kelab Belia Kampung Setia Kuang.
Untuk makluman, tahun ini PBSD Gombak bekerjasama dengan KBKS dalam penganjuran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Gombak 2022.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SETIA KUANG, 2 APRIL 2022 – Malam pertama Tarawih, maka bermulalah Program Rakan Muda Ramadan Tadarus Peringkat Daerah Gombak 2022. Jika dilihat dari segi penganjuran, Rakan Muda Ramadan merupakan program tahunan yang sentiasa dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan dengan kerjasama daripada NGO Belia mahupun Masjid atau pun Surau di satu-satu lokaliti.
Bagi tahun 2022, PBSD Gombak telah bekersama dengan Kelab Belia Kampung Setia Kuang (KBKS) dan juga Jawatankuasa Surau Jumaat Kampung Setia Kuang beserta kariah mereka. Masih mengekalkan konsep perlaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini, di mana ianya akan bermula pada awal Ramadan dan akan berakhir pada pertengahan atau sepuluh malam terakhir Ramdan dengan Majlis Khatam.
Dengan penyertaan pada malam pertama kali ini disertai seramai 20 orang peserta, kemeriahannya jelas terasa. Memandangkan Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga dalam suasana baru dengan SOP baru. Diketuai oleh Pengerusi KBKS, Amirul Amin Md Shah, Timbalan Pengerusi Mohamad Fahmi Ismail dan barisan ahli jawatankuasa KBKS, program Rakan Muda Tadarus Peringkat Daerah Gombak berlangsung dengan lancar.
Pihak pejabat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat beribadah dibulan Ramadan dan sentiasa patuh pada SOP yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SHAH ALAM,4 APRIL 2022 – Telah berlangsung satu Taklimat dan Latihan Penggunaan Sistem e-Vetting 2.0 kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor pada 30 Mac 2022 (Rabu). Taklimat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor dan juga secara atas talian bermula kira-kira jam 9:30 pagi. Taklimat disampaikan oleh Puan noor Asswani bnti Md Arof, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan. Taklimat menjurus kepada tatacara pengisian sistem e-Vetting iaitu bagi tujuan tapisan kasar dan halus bagi semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SHAH ALAM, 1 APRIL 2022 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil.2/2022 pada 29 Mac 2022 (Selasa). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor telah bermula jam 11:30 pagi di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Mohd Khiri @ Mohd Khari bin Ali, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Puan Noormah binti Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, semua Ketua Bahagian di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) dan semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat. Mesyuarat menjurus kepada pelaporan dan pembentangan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan dan pelaporan program.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SEKINCHAN, 29 MAC 2022- Sekinchan, bertempat di padang bola Keranjang bagan sekinchan telah berlangsung kejohanan bola Keranjang 3 on 3 pada 26 mac 2022.
Kejohanan ini telah disertai seramai 18 pasukan lelaki dan 7 Pasukan perempuan. Johan 3 on 3 bola Keranjang Ketogori Lelaki telah di menangi oleh pasukan KBBS Manakala tempat kedua jatuh kepada Fearless Tempat ketiga bersama di menangi oleh 02”s Dan Roti Kaya. Bagi Kategori Perempuan pula Johan 3 on 3 di menangi oleh pasukan suka hati, tempat kedua Sekinchan Girls Tempat ketiga bersama di menangi oleh Wu team dan GTKC team.
Semoga kemenangan ini akan membakar semangat pemain untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231