HULU LANGAT, 11 APRIL 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL), Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) secara atas talian.
Majlis yang dipimpin oleh Pegawai Utama Rakan Muda JBSS, Encik Sazali bin Abdul Samad ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (KKKJBSS). Aktiviti ini diadakan secara mingguan sepanjang Bulan Ramadan pada tahun ini.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
HULU LANGAT, 8 APRIL 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PBSDHL Bil. 3/2022 yang diadakan di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at ini telah memperinci dan membincangkan beberapa maklumat perihal pengurusan dan pentadbiran pejabat serta pelaporan dan perancangan setiap unit bagi tahun 2022.
Beberapa program dan aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan April sehingga Jun 2022. Antaranya Program Rakan Muda Ramadan 1443H, Malaysia Sports League (MSL) 2022 dan Rakan Muda Day Out (RMDO).
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
HULU LANGAT, 8 APRIL 2022 - Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Cawangan Ampang telah mengadakan pertemuan bersama Pengurusan Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan 1443H.
Cadangan menjadikan Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat sebagai lokasi program oleh Pengerusi PEPIAS Cawangan Ampang, Saudari Cut Nurulmaulida binti Nurdin dan ahli jawatankuasanya telah disambut positif oleh pengurusan masjid dan dicadangkan akan dilaksanakan bermula 9 April dan dijangka berakhir pada 24 April ini. InsyaAllah.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
HULU LANGAT, 7 APRIL 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah menerima kehadiran pegawai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Selangor.
Kehadiran Encik Mohd Hafizie bin Ruslan dan Puan Malisa binti Faizi dari CGSO ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dari aspek keselamatan pejabat bagi perlanjutan sewaan PBSDHL di Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat. Pemeriksaan ini juga sebagai lawatan balas berkenaan beberapa teguran mengenai aspek keselamatan pejabat sebelum ini.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
HULU LANGAT, 7 APRIL 2022 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS), Encik Hasnata bin Hasan dan Timbalan Pengarah JBSS, Encik Mohd Khiri @ Mohd Khairi bin Ali telah meluangkan masa untuk hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) bagi mengadakan Lawatan AP 308 dan 309 baru-baru ini. Kehadiran pengrususan tertinggi JBSS ini telah disambut mesra oleh Puan Suhailah binti Mohd Sa’at, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat bersama para pegawai yang lain.
Setiap PTJ hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala dan tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan, tidak kira bulan apa yang dipilih dan seterusnya sekali lagi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh terakhir pemeriksaan tersebut dijalankan.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
HULU LANGAT, 6 APRIL 2022 - Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah menghadiri kursus secara online anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Putrajaya dan AKRAB Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kursus yang diadakan secara fizikal dan atas talian ini telah menghimpunkan ahli-ahli AKRAB lantikan JPA dari pelbagai agensi termasuk dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kursus selama 1 hari ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Pengurusan Psikologi JPA.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
BANDAR BARU SELAYANG, 17 APRIL 2022 – Kelana Bersekutu Gombak (KBG) merupakan NGO berlatar belakangkan Pengakap Kelana, yang mana mereka selaku pemimpin- pemimpin muda yang kreatif serta aktif menjalankan aktiviti dan program-program berteraskan sukarelawan di dalam mahupun di luar daerah Gombak. Kepimpinan barisan muda KBG telah menyahut kolabrasi kali pertama bagi tahun ini bagi Program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk Peringkat Daerah Gombak. Sedikit perkongsian daripada salah seorang orang kuat KBG iaitu Cik Ama Arina selaku Jawatankuasa Media KBG.
“Pengalaman yang sangat menarik dapat berkolaborasi bersama Pejabat Belia dan SUkan Daerah Gombak Unit Rakan Muda dan persatuan-persatuan belia dan sukan yang telah menjayakan Rakan Muda Day Out semalam. Terima kasih atas jemputan dari pihak tuan untuk kami bersama-sama Pengakap Kelana Daerah Gombak menyertai Program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk ini.” ujar Cik Ama Arina.
“Semoga dengan kolaborasi ini dapat membantu lebih ramai komuniti setempat dan masyarakat. Semoga hubungan baik Pengakap Kelana Bersekutu Gombak dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak terus kekal dan dapat bersama lebih banyak program pada masa akan dating” harapan Cik Ama Arina.
Untuk makluman, KBG telah mengedarkan bahagian mereka di sekitar Gombak termasuklah di premis-premis kerajaan, antaranha IPD Gombak, BOMBA Bandar BAru Selayang dan Balai Polis Desa Jaya serta beberapa premis swasta. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa KBG di atas kesudian mengerah tenaga bersama-sama menyediakan bahan memasak, mengacau bubur, membungkus dan sekaligus menjayakan program kali ini.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 17 APRIL 2022 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang merupakan rakan kongsi bagi Program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk Daerah Gombak 2022 yang berlangsung semalam. Di mana program berjalan dengan lancer turut disertai Tenaga Pengajar, Petugas dan Pelajar Istimewa daripada PDK Selayang itu sendiri. Berikut merupakan perkongsian daripada salah seorang Petugas PKD Selayang Cik Rabiatul Intan Syamiera bt Moh Rizman.
“Saya, Rabiatul Intan Syamiera Mohd Rizman wakil Petugas PDK Selayang sangat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk Daerah Gombak 2022 yang diadakan pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Program telah dijalankan dengan baik sekali dan sangat lancar walaupun berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu namun bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada masyarakat setempat. Pihak PDK Selayang juga telah berjaya mengagihkan bubur lambuk kepada keluarga Pelatih PDK serta masjid yang berdekatan.” Ujar Cik Rabiatul Intan Syamiera Mohd Rizman.
“Saya amat teruja dengan program ini memandangkan ia sangat menepati slogan PDK itu sendiri iaitu 'Dari Masyarakat, Untuk Masyarakat, Oleh Masyarakat'. Oleh yang demikian, program ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada NGO yang terlibat namun masyarakat sekitar juga telah mendapat manfaat melalui program yang dijalankan. Saya berharap agar program-program ini akan terus digiatkan bukan sahaja kepada NGO yang terlibat malah kepada semua NGO di Malaysia. Saya juga berharap agar hubungan di antara PDK Selayang dan warga PBSD Gombak akan berterusan untuk terus membantu masyarakat.” Perkongsian pengalaman daripada Cik Rabiatul Intan Syamiera Mohd Rizman, Petugas PDK Selayang.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang di atas kesudian memberikan kebenaran menggunakan tempat dan turut bersama-sama menjayakan program kali ini.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
BANDAR BARU SELAYANG, 16 APRIL 2022 – Program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk Peringkat Daerah Gombak telah berlangsung pada 16 April 2022 bertempat di Perkarangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang. Sedikit perkongsian daripada Saudara Khushairi Aizad Bin Jamalludin selaku Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang merangkap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Cahaya Mutiara.
“Program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara belia-belia tempatan dan menyemai nilai sukarelawan untuk membantu komuniti setempat. Semoga Allah SWT memberkati segala urusan dan amalan kita semua yang bersama-sama bergotong royong memberikan sumbanagn tenaga dan masa untuk menjayakan program kali ini” Saudara Khushairi Aizad Bin Jamalludin.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khushairi Aizad Bin Jamalludin di atas penyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang dan Duit Raya kepada anak-anak Istimewa PDK yang turut menjadi peserta Rakan Muda Day Out kali ini.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231