KLANG, 23 APRIL 2022 - Program Rakan Muda Day Out yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama rakan kongsi iaitu Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Surau Al- Muminah Rantau Panjang dan Selebriti Yana Samsudin.
Program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada belia tentang khidmat masyarakat, kesukarelawan, kepekaan terhadap komuniti setempat sekaligus mendorong belia untuk menanam sifat mengambil berat dan serta bekerjasama dalam satu pasukan.
Proses penyediaan bahan masakan bubur lambuk bermula pada pukul 9.00 pagi yang disertai oleh lebih kurang 60 orang sukarelawan.
Lebih kurang 800 pek bubur lambuk diagihkan kepada agensi disekitar daerah Klang:
1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
2. Balai Polis Kota Raja
3. Balai Polis Kapar
4. Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Klang
5. Angkatan Pertahanan Awam (APM)
6. Jabatan Penerangan
7. Balai Bomba Kota Raja
8. Pusat Maahad tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
9. Wakil Penduduk Rantau Panjang
Tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa, rakan kongsi serta sukarelawan yang telah menjayakan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Klang 2022.
Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSD Klang
- JBS Selangor
- Hits: 218
