BERI PELUANG BELIA DALAMI TEKNOLOGI DALAM BIDANG AGROMAKANAN
Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Selangor dan Jabatan Pertanian Selangor telah melaksanakan Kursus Teknikal Belia Tani (Youth Agrotech) Zon Tengah 2022 pada 12 hingga 15 Julai 2022 bertempat di Kompleks Pertanian Selangor.
Kursus selama 4 hari tersebut telah disertai seramai 20 orang peserta dari 3 buah negeri iaitu Negeri Selangor, Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan amalan pertanian baik atau Good Agricultural Practice (GAP), falsafah serta konsep dalam pengurusan projek, kepentingan kawalan penyakit dan perosak serta penyediaan tanaman dan sistem pengairan.
YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBSN Selangor turut meluangkan masa hadir meninjau perjalanan kursus tersebut pada hari ketiga. Beliau turut berkesempatan membuat lawatan ke tapak tanaman di Kompleks Pertanian tersebut.
Majlis Perasmian Penutup telah diadakan pada 15 Julai 2022 dan disempurnakan oleh Encik Ho Ten Fook, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembagunan Industri Tanaman Selangor. Turut hadir sama semasa majlis tersebut adalah Encik Mohd Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah Belia, JBSN Selangor.
#JBSNSelangor
#YouthAgrotech
#IniMasaKita

- JBS Selangor
- Hits: 216