BANTING, 31 MEI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah menerima kehadiran seorang Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang baru bermula pada 30 Mei 2022. Beliau ialah Puan Rosmaizam binti Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat (S44). Sebelum ini beliau bertugas di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Putrajaya.
Sebagai seorang yang berwibawa, berkeyakinan dan semangat baru, ucapan selamat datang kepada beliau kerana sudi berada dengan kepimpinan di daerah Kuala Langat. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran beliau dan akan bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di daerah ini. Selamat datang.
Disediakan oleh : Nur Hidayah binti Mohd Yusoff, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 189
