- JBS Selangor
- Hits: 267
KEJOHANAN BOLA JARING MALAYSIA SPOTRS LEAGUE (MSL) PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM
SABAK BERNAM, 25 MEI 2022- Bertempat di Gelanggang Bola Jaring, Taman Berjaya Sabak Bernam satu Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Sabak Bernam telah berlangsung. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan para pemain di peringkat daerah Sabak Bernam. Sebanyak sepuluh pasukan datang bertanding bagi meraih tempat pertama bagi kejohanan ini. Johan tempat pertama membawa pulang medal dan hadiah tunai sebanyak Seribu Ringgit Malaysia.
Johan bagi kejohanan ini telah di menangi oleh pasukan Fly Mix, manakala tempat kedua jatuh kepada Pasukan PERKEP, tempat ketiga bersama di menangi oleh SAMT 38 dan pasukan KISTARP A. Semoga kemengan ini akan membakar semangat para pemain untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 267
