- JBS Selangor
- Hits: 169
MALAYSIA LITTLE LEAGUE (MILL) BAWAH 16 TAHUN (B16) DAERAH HULU SELANGOR SEPARUH AKHIR SATU (1)
18 September 2022 – Perlawanan Malaysia Little League (MiLL) Bawah 16 Tahun (B16) Daerah Hulu Selangor Separuh Akhir Satu (1) di Padang Bolasepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Perlawanan diantara Juara Kumpulan A, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mashor menentang Naib Juara Kumpulan B, SMK Serendah merebut slot ke Pertandingan Akhir MiLL B16 Daerah Hulu Selangor. Dalam aksi membalas serangan oleh kedua pasukan, SMK Serendah berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 1-0. Tidak berputus asa, SMK Syed Mashor merapatkan jurang menjadi 1-1 sebelum babak pertama tamat. Dengan perubahan corak serangan di separuh masa kedua, SMK Syed Mashor berjaya menempah slot akhir dengan berjaya menumpaskan lawan dengan jaringan 2-1.
- JBS Selangor
- Hits: 169
