- JBS Selangor
- Hits: 328
TAHNIAH SK TAMAN SAMUDERA JOHAN MALAYSIA LITTLE LEAGUE ( MILL) B12 DAERAH GOMBAK
Tahniah SK Taman Samudera Johan Malaysia Little League ( MiLL) B12 Daerah Gombak.
GOMBAK, 15 SEPTEMBER 2022- SK Taman Samudera telah dinobatkan sebagai Juara bagi Malaysia Little League B12 Daerah Gombak dengan keputusan 1-0 menumpaskan SK Sg Pusu sekaligus menjadi Naib Johan. Ketiga bersama adalah SK Kuang dan SK Tasik Puteri 2.
MiLL adalah program mencungkil bakat baru sukan bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, dengan kerjasama pintar Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. MiLL Daerah Gombak telah berlangsung selama 2 hari pada 14 dan 15 September 2022 di Sekolah Kebangsaan Gombak 2.
Syabas diucapkan kepada pasukan yang menang.
- JBS Selangor
- Hits: 328
