SHAH ALAM, 11 OKTOBER 2022 - YB Tuan Muhammad Hilman bin Idham, Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap ADN Gombak Setia telah hadir ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi merasmikan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) Peringkat Negeri Selangor.
Turut serta di Majlis Perasmian tersebut adalah YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, YBrs Encik Mohd Hafiz bin Amin, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, YBrs Encik Mohd Rashidi bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam dan beberapa dif-dif kehormat.
Lebih 5000 orang telah hadir ke HSN2022 Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada minggu kedua bulan Oktober bagi setiap tahun.
#JBSSelangor
#HSN2022
#JomTurunPadang
#KeluargaMalaysiaSihat
- JBS Selangor
- Hits: 180
