KLANG, 11 September 2022 - Sedang berlangsung Program Badminton 1000 Liga Peringkat Daerah Klang di Dewan Sukan Pandamaran.
Kehadiran peserta dari komuniti setempat daripada pelbagai peringkat umur seawal jam 7.00 pagi memenuhi ruang pendaftaran bagi menyertai Kejohanan Badminton 1000 Liga Peringkat Daerah Klang.
Objektif program adalah menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif dan cergas.
Pelaksanaan program 1000 liga tahun 2022 ini lebih memfokuskan kepada sukan individu yang mana sebanyak 7 jenis sukan yang telah dirancang untuk dijalankan sepanjang bulan September hingga Oktober tahun 2022.
- JBS Selangor
- Hits: 133
