- JBS Selangor
- Hits: 120
BERAKHIRLAH SUDAH…
Selama 4 hari 3 malam berkampung di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) Morib, maka berakhirlah sudah Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Selangor pada 9 hingga 12 Februari 2023. Seramai 40 orang peserta berjaya mengikuti kursus asas ini dan diharapkan dengan ilmu yang dikongsi dapat diterjemahkan kelak.
Tidak hanya bertumpukan kepada ’sukarelawan bencana’, mereka juga boleh mengembangkan bakat ke pelbagai lagi bidang kesukarelawanan seperti pengurusan acara sosial dan sukan, psikologi first aid dan pelbagai lagi. Kursus yang berkonsepkan santai ini juga membuka peluang kepada peserta untuk menyertai program latihan yang akan diadakan dalam tiga (tiga) peringkat iaitu Tahap Asas, Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan.
Semoga para peserta ini terpilih dan berminat untuk meneruskannya ke peringkat seterusnya!
- JBS Selangor
- Hits: 120
