Petaling Jaya, 25 Mac 2023 - Penganjuran Sukan Tarian Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Mac 2023 bertempat di Megah Rise Mall, Badminton Hall, Petaling Jaya, Selangor.
Penganjuran “SELANGOR DANCESPORT CHAMPIONSHIP 2023” dianjurkan oleh World Dance Academy dan Persatuan Tarian Sukan Bersatu Negeri Selangor (SUDA) dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor.
Program ini disertai oleh 400 pelajar dari sekolah-sekolah kebangsaan dalam acara tarian sukan bagi memperolehi markah kokurikulum (PAJSK) peringkat kebangsaan. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan meningkatkan lagi kemahiran & ko-kurikulum pelajar yang terlibat.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBS Negeri Selangor.
Turut hadir adalah Encik Johnston, Presiden Malaysia United Dancesport Association (MUDA).
#JBSNBersama
#JBSNSelangor
#MalaysiaMadani
- JBS Selangor
- Hits: 141
