TAKLIMAT ARPRM DI SEKOLAH INTEGRITI PUNCAK ALAM KUALA SELANGOR
Kuala Selangor - 26 Jun 2023 (Isnin) : Telah berlangsung satu taklimat program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bertempat di Dewan Kuliah Sekolah Integriti Penjara Koreksional Puncak Alam Kuala Selangor.
Sekolah Integriti Penjara Puncak Alam Kuala Selangor ini merupakan sekolah yang menempatkan banduan dan pesalah reman lelaki yang sedang menjalani hukuman atau menunggu hukuman dari mahkamah. Bagi Program ARPRM ini, pihak berkuasa penjara telah memilih seramai 24 orang banduan & banduan reman yang berumur antara 15 - 22 tahun serta seorang staff untuk menyertai program ARPRM. Turut diadakan penyerahan Borang Penyertaan kepada peserta bagi Anugerah Tahap Gangsa 2023.
Taklimat ARPRM telah di sampaikan oleh Encik Ibrahim Bin Bujang, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.
Turut hadir Penolong Ketua Unit Pendidikan Sekolah Integriti, Ustaz Mohd Shamsul Bin Nik Abdullah dan Tuan TPP Gudam Anak Diai, Ketua Sektor Keselamatan dan Intelligen PKPA serta guru guru dan jurulatih sekolah tersebut.
Semoga para pelajar mendapat manfaat dari program ARPRM ini 
- JBS Selangor
- Hits: 233
