BLIND FOOTBALL PARA ASEAN CAMBODIA 2023
Subang Jaya , 17 Jun 2023 - Timbalan Pengarah Sukan, Puan Norazreen Binti Sulaiman telah menghadiri perlawanan persahabatan dan pengiktirafan kepada Team Malaysia Blind Football yang telah memenangi Pingat Perak di Temasya Sukan Para Asean Cambodia 2023. Perlawanan persahabata tersebut telah berlangsung di Republic of Futsal, Subang Jaya.
Hadir sama dalam program ini adalah James Ng, Presiden Hong Leong Yamaha Malaysia Alumni (HLYMA) selaku penaja utama bagi Team Blind Football Malaysia dan beliau juga merupakan influencer terkenal tiktok yang mempunyai followers seramai 4.8M.
JBS Selangor telah merancang untuk mengadakan kerjasama strategik bersama beliau khususnya menjadi rakan strategik dalam Pembangunan Sukan OKU.
- JBS Selangor
- Hits: 140
