Eksplorasi Hijau Gombak, ianya merupakan Program Ambang HBN daripada Majlis Belia Selangor Daerah Gombak.
Ambang HBN akan diteruskan pada malam ini bermula jam 7.00 petang di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Booth Nombor 17, Air Balang daripada Team PBSD Gombak X MAYC Selayang, serta edaran flyer daripada @mbd_gombak bagi mempromosikan HBN Negeri Selangor 2023.
Ambang Hari Belia Negara (HBN) Daerah Sabak Bernam 2023"FORUM : BELIA MADANI"
Sabak Bernam, 11 Mei 2023 - Telah berlangsung Sambutan Ambang HBN daerah Sabak Bernam 2023 Bertempat di Grand Sabak Hotel & "Mini Convention Center. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Puan Azura bt Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Panel Forum Belia Madani terdiri daripada Tuan ASP Ts Dr Thanikasalam (Ketua Bhgn Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sabak Bernam), Cik Zurina bt Saifuddin (Ketua Unit Rawatan & Pemulihan AADK Sabak Bernam) dan YB Dato Mohd Imran b. Tamrin (Peguam merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Selangor)
Bertempat di Lobi D’pulze Shopping Centre, Cyberjaya, Sepang telah berlangsungnya satu Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya & Jom Balik Kampung sempena Perayaan Aidilfitiri 1444H Peringkat Daerah Sepang serta Edaran Bubur Lambuk Rakan Muda Ramadan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Sepang dan diiringi oleh Tuan Khairi Azali bin Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang serta Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor.
Program yang berlangsung pada 12 April 2023 (Rabu) itu telah meraikan rider Food Panda, Grab Food dan Shopee Food dengan mengedar Bubur Lambuk dan Kit Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya daripada Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR) serta kepada para pengunjung atau orang awam di situ.
Telah berlangsung satu program ikonik Rakan Muda dan program tahunan khusus sempena bulan Ramadan iaitu Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Selangor pada 12 April 2023 (Rabu) bersamaan 21 Ramadan 1444H bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, Sepang yang disempurnakan oleh Tuan Khairi Azali bin Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang dan diiringi oleh Encik A Raman bin Musbah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Program ini sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian iaitu Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Tazkirah Ramadan. Selain itu, program khatam ini mampu melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Pejabat Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Penerangan Daerah Sepang, Kelab Belia Kampung Setia, Maahad Tahfiz Darul Kiblah, IKTBN Sepang, IKBN Kuala Langat dan Sekretariat Rakan Muda Multimedia University (SRM MMU).
Kelab Belia Kampung Setia (KBKS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan satu program Sukarelawan @Masjid - Yok Kacau Bubur Lambuk pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, Sepang. Program tersebut turut mendapat sambutan daripada Pejabat Daerah & Tanah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sepang dan Pejabat YB Ahli Parlimen Sepang.
Program tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.00 petang. Objektif program adalah untuk menghidupankan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat khidmat masyarakat. Selain itu, ia adalah untuk mengimarahkan masjid atau surau dan merapatkan ukhuwah di antara golongan belia, penduduk setempat dan agensi Kerajaan.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dan memeriahkan program ini terutamanya kepada Pegawai Daerah Sepang, Tuan Khairi Azali bin Ibrahim dan Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor” ujar Pengerusi KBKS.
Pelaksanaan Program MySaveFood Ramadan Negeri Selangor akan dilaksanakan selama lapan hari bermula pada 7 April 2023 (Jumaat) bertempat di Bazar Pharit Baru, Sungai Air Tawar Sabak Bernam telah berjaya mengumpul sejumlah 42kg makanan dan minuman dan diserahkan ke surau-surau berdekatan, pengawal keselamatan sekolah & IPTA. Objektif program ini adalah untuk menggerakkan aktiviti kesukarelawanan Kelab Rakan Muda (KRM) yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang efektif.
Program telah dijalankan dengan kerjasama KRM Taman Raya, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Sabak Bernam dan MAYC Sabak Bernam.
Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Selangor akan berlangsung pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya Sepang. Program ini merupakan program tahunan khusus sempena bulan Ramadan dan program ikonik Rakan Muda.
Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Selangor pada 7 April 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor telah dipengerusikan oleh Encik A. Raman bin Musbah, Timbalan Pengarah (Belia), JBSN Selangor. Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaras dan memastikan setiap tugasan dijalankan dengan lancar.
Tuan Khairi Azari bin Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang telah mempengerusikan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2023/ 1444H pada 5 April 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Pegawai Daerah, Blok A, Pejabat Daerah/ Tanah Sepang.
Hadir sama Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor yang diiringi oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), JBSN Selangor dan Encik Ahmad Fahmi bin Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang. Agensi yang terlibat sama iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Penerangan Daerah Sepang, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Pejabat YB Ahli Parlimen Sepang dan Kelab Belia Kampung Setia.
Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Selangor akan berlangsung pada 12 April 2023 (Rabu) bertempat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya Sepang yang akan disempurnakan oleh YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Sepang.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231