PROGRAM EKPLORASI ALAM KBS PERINGKAT ZON TENGAH 2023
Gopeng - 7 & 8 Julai, Seramai 10 orang peserta dari Negeri Selangor telah menyertai Program Ekplorasi Alam KBS Peringkat Zon Tengah 2023 yang telah diadakan di Rock Garden & Himalaya Camping Resort Gopeng Perak. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Mendaki Kuala Lumpur.
Peserta telah didedahkan dengan penerangan asas rekreasi luar, menawan bukit batu putih dan white water rafting di Sungai Jahang
Hadir sama di majlis penutup program adalah Encik Munir bin Aliyasak Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Presiden Persatuan Mendaki Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Pegawai Pembangunan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat menjayakan program ini.
- JBS Selangor
- Hits: 150




