SESI LIBAT URUS PENGURUSAN ORGANISASI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 27 Jun 2023 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Pengurusan Organisasi di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor oleh Bahagian Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor.
Sesi Libat Urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar pengurusan organisasi di JBS Negeri Selangor dan sembilan (9) daerah Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di bawahnya meliputi aspek perjawatan, penempatan dan pengurusan sumber manusia. Selain itu, turut dibincangkan berkenaan organisasi di samping mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan.
Sesi Libat Urus BPSM tersebut telah diketuai oleh YBrs. Puan Rai’dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, BPSM, KBS bersama pegawai- pegawai BPSM.
Kehadiran pihak BPSM tersebut telah disambut oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBS Negeri Selangor bersama warga kerja JBS Negeri Selangor.
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR ZAHIRKAN PERANGI RASUAH MELALUI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
SEPANG, 21 Jun 2023 – Telah berlangsung Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berkolaborasi bersama SPRM Negeri Selangor bagi merealisasikan semangat anti-rasuah di peringkat jabatan yang telah dilaksanakan di Dewan Seminar , Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.
Program bermula dengan penyampaian ceramah bertajuk "Taklimat Kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 2009” yang telah disampaikan oleh PPj Muhamad Firdaus Bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor. Taklimat yang disampaikan merujuk kepada isu-isu perolehan kerajaan dan kesalahan di bawah seksyen 18 ASPRM melibatkan tuntutan palsu di dalam perolehan dalam mengadakan program-program sukan.
Seterusnya Majlis diteruskan dengan Lafaz ikrar bebas rasuah ini diketuai oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.
Turut hadir sama Encik A. Raman Musbah, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, warga kerja JBSN Selangor serta pegawai Penmas SPRM Negeri Selangor.
Majlis di akhiri dengan simbolik penyerahan bahan kempen antirasuah dari SPRM Negeri Selangor kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
TAKLIMAT ARPRM DI SEKOLAH INTEGRITI PUNCAK ALAM KUALA SELANGOR
Kuala Selangor - 26 Jun 2023 (Isnin) : Telah berlangsung satu taklimat program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bertempat di Dewan Kuliah Sekolah Integriti Penjara Koreksional Puncak Alam Kuala Selangor.
Sekolah Integriti Penjara Puncak Alam Kuala Selangor ini merupakan sekolah yang menempatkan banduan dan pesalah reman lelaki yang sedang menjalani hukuman atau menunggu hukuman dari mahkamah. Bagi Program ARPRM ini, pihak berkuasa penjara telah memilih seramai 24 orang banduan & banduan reman yang berumur antara 15 - 22 tahun serta seorang staff untuk menyertai program ARPRM. Turut diadakan penyerahan Borang Penyertaan kepada peserta bagi Anugerah Tahap Gangsa 2023.
Taklimat ARPRM telah di sampaikan oleh Encik Ibrahim Bin Bujang, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.
Turut hadir Penolong Ketua Unit Pendidikan Sekolah Integriti, Ustaz Mohd Shamsul Bin Nik Abdullah dan Tuan TPP Gudam Anak Diai, Ketua Sektor Keselamatan dan Intelligen PKPA serta guru guru dan jurulatih sekolah tersebut.
Semoga para pelajar mendapat manfaat dari program ARPRM ini
Kelab Bolasepak Junior Bangi (KBJB) adalah sebuah kelab komuniti yang aktif dalam bolasepak peringkat akar umbi, dari umur 6 hingga 16 tahun.
Pada 25 Jun 2023 (Ahad) bertempat di Padang C, Institut Latihan Mardi, Serdang telah berlangsungnya satu program One Day Tournament KBJB 2023 yang melibatkan penyertaan seramai 300 orang. Program ini adalah salah satu program tahunan yang mendedahkan pelatih terhadap suasana kompetatif pertandingan bolasepak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti sukaneka, timbang bola, mewarna dan lain-lain lagi.
Turut hadir memeriahkan suasana iaitu Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan diiringi oleh Puan Suhailah binti Mohd Sa’at, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar Separuh Akhir Piala FA di antara Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim bertempat di Dataran MPKj @Stadium Kajang. Pelbagai pengisian aktiviti turut diadakan seperti sesi “mari mencuba”, cabutan bertuah dan sebagainya!
Tiupan wisel panjang diminit ke-92 menyaksikan pasukan JDT membenam Selangor FC dengan jaringan 4-0.
Turut hadir Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), JBSN Selangor dan diiringi oleh Puan Suhailah binti Mohd Sa’at, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231