? RAKAN PRIHATIN : SATRIA BERSAMA WARGA EMAS RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANGE TUA AL IKHLAS PUCHONG ?
Program Rakan Prihatin : Satria Bersama Warga Emas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Alikhlas Puchong adalah anjuran bersaam Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada 27 Januari 2024. Program ini bermula jam 8.00 pagi bermula dengan menyantui warga emas oleh peserta Satria.
Turut hadir sama pada program tersebut adalah YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Marina Nafi, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Pegawai-Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Seramai 34 orang Satria yang terdiri daripada sukarelawan Negeri Selangor dan negeri lain hadir di program tersebut bagi menyantuni warga emas dan membantu mengadakan gotong-royong pembersihan di sekitar kawasan pusat jagaan. 45 orang penghuni yang terdiri daripada golongan lelaki dan wanita sangat gembira menyambut kehadiran para Satria.
?HUJAN TIDAK MENGHALANG PENYOKONG HADIR DI LAMAN MBPJ, PETALING JAYA SEMPENA PIALA ASIA QATAR 2023?
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Piala Asia Qatar 2023 di antara Malaysia menentang Korea Selatan di Laman MBPJ, Petaling Jaya. Perlawanan ketiga bagi Pasukan Negara menunjukkan kehadiran penyokong yang masih setia hadir bagi memberi sokongan kepada Pasukan Negara walaupun keadaan hujan sepanjang perlawanan berlangsung.
Antara aktiviti sampingan yang disediakan semasa rehat bagi separuh masa pertama adalah Sepakan Penalti, Timbang Bola, Kuiz dan Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah peralatan sukan. Perlawanan berakhir dengan mata penuh Malaysia (3) dan Korea Selatan (3).
Turut hadir sama, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
PERMOHONAN TELAH DIBUKA BAGI GERAN PADANAN SUKAN (GPS) DAN DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) KBS
Permohonan telah dibuka bermula 19 Januari 2024 (Jumaat) untuk Geran / Dana bagi penganjuran program / aktivi pembangunan sukan melalui Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).
Diharapkan inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia selaras dengan aspirasi digariskan di bawah MPBM 2030 dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) seiring dengan kerangka Malaysia MADANI.
Selesai sudah Program Malaysia Active @ Motorsports Negeri Selangor KLASS Cub Prix KBS yang diadakan selama dua (2) hari bermula 20 Januari 2024 dan berakhir pada hari ini bertempat di Kawasan Parkir SACC Mall, Shah Alam.
Majlis Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Azura Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan Sukan, Puan Norazreen Binti Sulaiman , Encik Ikhwan Mokhtar selaku Setiausaha Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Hilmi Shah Bin Azmi, wakil dari SACC Mall dan lagenda sukan Cub Prix negara Encik Hisham Ngadin.
Program yang disertai seramai 40 orang peserta ini mendapat tunjuk ajar berkenaan asas pengendalian jentera Cub Prix daripada jurulatih berpengalaman yang juga merupakan bekas pelumba negara iaitu Che Zamri Hamid dan Hisham Ngadin.
20 JANUARI 2023 (SABTU)- Telah berlangsung sesi teori dan praktikal hari pertama Program Malaysia Active @ Motorsports Klass Cub Prix Kbs bertempat di Kawasan Parkir SACC Mall Shah Alam.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya menarik peminat sukan permotoran negara berkumpul di tapak program bagi menyaksikan bagaimana klass ini di jalankan.
Program hari ini disertai oleh belia berumur dari 15 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang antaranya Kolej Vokasional Klang, Politeknik Sabak Bernam, SATRIA Selangor, Jabatan Akauntan Negara Negeri Selangor, ATM, dan Modenas Malaysia.
Objektif program adalah memberi pendedahan berkaitan latihan asas sukan perlumbaan Cub prix secara teori dan juga praktikal.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Sukan Puan Norazreen binti Sulaiman.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan peserta pada sukan permotoran selain dapat mencungkil bakat bakat baru untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
?MALAYSIA MENENTANG BAHRAIN, PENYOKONG MALAYSIA SERANG LAMAN MBPJ, PETALING JAYA ?
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Piala Asia Qatar 2024 di antara Malaysia menentang Bahrain di Laman MBPJ, Petaling Jaya. Kemeriahan kehadiran penonton memenuhi dataran bagi memberi sokongan kepada Pasukan Negara.
Antara aktiviti sampingan yang disediakan adalah Sepakan Penalti, Timbang Bola, Kuiz dan Cabutan Bertuah.
Turut hadir sama, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mustafa bin Ku Mohamad, Timbalan Pengarah (PM), Bahagian Pembangunan Sukan dan Kemudahan Am, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231