- JBS Selangor
- Hits: 162
NEGERI SELANGOR ANTARA PENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA PERHIMPUNAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) BIL. 2 TAHUN 2024
NEGERI SELANGOR ANTARA PENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA PERHIMPUNAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) BIL. 2 TAHUN 2024
Perhimpunan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 2 Tahun 2024 telah berlangsung pada 22 April 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Majlis tersebut telah dihadiri Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari bin Mohammad serta Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah PTJ Terbaik 2023 serta Anugerah Pencapaian 100% Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari 2023.
Hadir menerima Sijil Penganugerahan tersebut, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor kerana memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2023.
- JBS Selangor
- Hits: 162
