MAJLIS SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI TEAM JBS SELANGOR
?️ 10 Mei 2024 (Jumaat) ? KOMBES Negeri Selangor
Telah berlangsung satu majlis untuk meraikan pegawai yang bersara iaitu Encik A. Raman bin Musbah, Encik Ibrahim bin Bujang dan Puan Norhamidah binti Husain. Selain itu, majlis turut menghargai para pegawai yang berpindah keluar iaitu Puan Marshamira binti Ahmad, Puan Viva Nur Syuhada binti Akun, Encik Mohd Norshariman bin Mohamad dan Encik Zulhelmi bin Md. Pisol. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Semoga urusan para pegawai tersebut dipermudahkan dan jika ada jodoh, kita bersua kembali.
?? TINJAUAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 1 2024 NEGERI SELANGOR BAGI DAERAH GOMBAK (Kategori OKU) OLEH KBS
9 Mei 2024 (Rabu) – Cawangan Kecergasan, Bah. Pembangunan Sukan KBS turun padang bagi membuat tinjauan pelaksanaan Program KLAS Renang Fasa 1 2024 Negeri Selangor dibawah kendalian Pejabat Belia & Sukan Daerah Gombak bertempat di Kompleks Renang Sri Siantan, Gombak.
Sesi KLAS Renang (Kategori OKU) ini telah bermula pada 6 Mei yang lalu dan akan berakhir pada 16 Mei 2024 melibatkan 10 sesi latihan.
Sesi pemantauan ini merupakan salah satu mekanisma KBS bagi melihat keberkesanan program ini dalam mencapai objektif dan KPI yang telah disasarkan. Selain daripada itu,melalui pemantauan ini secara tidak langsung dapat mengumpul maklumat terperinci berkaitan kekurangan & kekuatan pengurusan pelaksanaan program diperingkat akar umbi bagi penambahbaikan pengurusan pelaksanaan program KLAS Renang pada Fasa 2 dan seterusnya.
Hadir sama dalam sesi ini, Encik Dharzuky bin Daud, Pengarah Caw. Kecergasan Bah. Pembangunan Sukan JBSN KBS, Encik Naresh Kumar A/L Thangayah, Pegawai Belia & Sukan Daerah Gombak, Pegawai Unit Kecergasan Jab.Belia & Sukan Negeri Selangor, wakil Persatuan Renang Para Negeri Selangor dan wakil pihak pengurusan Kompleks Renang Sri Siantan, Gombak
Telah berlangsung satu sesi perbincangan dan lawatan tapak di antara pihak JBSN Selangor, IKBN Peretak, Majlis Belia Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dan Kelab Belia Jatidiri Serendah di sini bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 yang bakal berlangsung pada 18 dan 19 Mei 2024.
Tujuan perbincangan hari ini adalah untuk mengenalpasti dan mendapatkan persetujuan akhir mengenai atur cara, susun atur program serta keperluan-keperluan lain.
Terima kasih diucapkan buat semua atas kerjasama ini. Semoga perjalanan program nanti berjalan dengan lancar! ?✨
?️ 7 Mei 2024 (Selasa) ? Bilik Perbincangan, JBSN Selangor
Sedang berlangsung satu perbincangan di antara Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Kampus Puncak Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor. Perbincangan ini berkisar tentang pelaksanaan Program Pesta Rakan Muda Mudi X Jiwa Muda Fest yang bakal berlangsung pada 1 hingga 2 Jun 2024 bertempat di Strand Mall, Petaling Jaya.
Program ini bertujuan untuk memperluas pengetahuan anak muda mengenai kepelbagaian isu yang mewarnai Malaysia melalui 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 1 2024 BAGI DAERAH GOMBAK (Kategori OKU) TELAH BERMULA
6 Mei 2024 (Isnin) – Telah bermula Program KLAS Renang Fasa 1 2024 Negeri Selangor dibawah kendalian Pejabat Belia & Sukan Daerah Gombak bertempat di Kompleks Renang Seri Siantan, Gombak
KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 10 sesi latihan bermula 6 Mei 2024 dan dijadualkan berakhir 17 Mei 2024 melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta OKU berumur antara 6 hingga 15 tahun. Pelaksanaan adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Para Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.
Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan objektif berikut:
Pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat
Membina keyakinan di dalam air (water confidence)
Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang
Telah berlangsung satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Encik Syamsul Tahrin, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negara. Mesyuarat ini membincangkan tentang pelaksanaan program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting pada 12 Mei 2024 (Ahad) bertempat di Mangrove Point, Klang.
Taklimat program tersebut telah disampaikan oleh wakil Amanah Lestari Alam (ALAM). Turut hadir Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231