Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan aktiviti Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) Edisi Jun 2024.
Pelbagai aktiviti menarik anda boleh sertai bersama kami. Antaranya larian, bazar belia, eco market dan banyak lagi. ? ?
Jom singgah gerai jualan ✨BAZAR BELIA✨ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi Jun 2024.
Sertai kami AHAD ini‼️
?️ 9 Jun 2024 (Ahad) ⏰ 7.30 - 11.30 pagi ?Dataran Kemerdekaan Shah Alam
TAYANGAN SKRIN BESAR PIALA DUNIA 2026/ PIALA ASIA 2027 ? ⚽️
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar sempena Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Seramai lebih 350 orang hadir memberi sokongan kepada pasukan Malaysia bertempat di Dataran MPKj @ Stadium Kajang.
Antara aktiviti sampingan yang diadakan kepada pengunjung adalah Sepakan Penalti ? Timbang Bola ⚽ Kuiz dan Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah peralatan sukan. Perlawanan yang sungguh dramatik, tamat perlawanan Malaysia lawan Republic Kyrgyz 1-1
Turut hadir menyampaikan hadiah cabutan bertuah ialah Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman Pengarah Perancang Korporat & Perhubungan Awam, MPKj dan Puan Norazreen binti Sulaiman Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor.
Hampir dua (2) tahun menabur bakti di Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor, Encik A. Raman bin Musbah menerajui Bahagian Belia untuk menjayakan program-program dengan segala pengalaman yang beliau ada.
Hari ini, 5 Jun 2024 (Rabu) merupakan hari terakhir beliau bekhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Belia) di sini.
Kami warga JBSN Selangor ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH dan SELAMAT MAJU JAYA.
Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) Selangor akan mengadakan Rakan Digital: Kursus Pengkodan Peringkat Negeri Selangor yang bakal berlangsung pada Ogos 2024 bertempat di HEE Tech Academy, Subang Jaya. Kursus ini merupakan satu platform pendedahan kepada golongan muda tentang manfaat dan kelebihan pengkodan yang menjurus kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian atau aplikasi baharu.
Encik Azlan bin Sap, Penolong Pegawai Cawangan Pembangunan Potensi, BPRM, JBS Selangor telah membuat satu lawatan tapak untuk memastikan peralatan dan keperluan semasa program mencukupi selain mendapatkan kesesuaian tarikh untuk melaksanakan kursus ini.
Terbuka kepada golongan muda yang berumur 13 hingga 30 tahun sahaja.
Telah berlangsung Program Sukan Lasak KBJTABURA (ATV dan Berkayak) pada 2 Jun 2024 (Ahad) anjuran Kelab Belia Jatidiri Tabura.
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut yang berlangsung di Tasik Widuri Water Park, Bukit Beruntung, Selangor.
Kira-kira seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 15 tahun ke atas telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara semua pertubuhan belia (ngo) dan memberi pendedahan kepada golongan belia untuk menghubungkan diri dengan alam sekitar selain menikmati keindahan alam secara langsung.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) Selangor telah menerima jemputan untuk mengadakan pameran interaktif bagi Program Pemerkasaan Belia anjuran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor sempena Hari Peringatan Anti-Dadah dengan kerjasama Kelab Pemilik Proton Exora Malaysia (EOCM). Program ini bertujuan untuk memperkasakan aktiviti pendidikan pencegahan serta menggalakkan kempen pencegahan dadah dalam kalangan belia di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBS Selangor turut menerima jemputan ke majlis perasmian program tersebut.
?️ 31 Mei 2024 (Jumaat) ? Plaza Perangsang, Shah Alam
Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor telah menerima kunjungan daripada Sekretariat Rakan Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia (SRM UKM) hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, JBSN Selangor.
Team SRM UKM bercadang untuk mengadakan satu lawatan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jun nanti. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara KBS dan SRM UKM melalui Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Litar.
Selain itu, pelbagai info dikongsi bersama antaranya program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Pesta Rakan Muda Mudi, Lestari Hijau dan banyak lagi.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231