Telah berlangsung Program Bicara @Muzium bersama Sekretariat Rakan Muda UKM, UM dan USIM di Muzium Muzik, Kuala Lumpur.
Program dimulakan dengan ekspedisi muzium muzik dan diteruskan dengan Bicara @Muzium Muzik: Peranan & Teknik Permainan Gambus dalam Muzik Zapin dan Ghazal Melayu Johor.
Turut hadir puan Maisaraf binti Marman, Pengarah Muzium Muzik selaku moderator program ini.
Telah berlangsung aktiviti Jalan Untuk Sihat (JUST) - siri 1/2024 Peringkat Negeri Selangor ?️ pada 22 Jun 2024 (Sabtu)?bertempat di Taman Rakyat Andalas, Klang. Penganjuran program ini adalah bagi menarik minat komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berjalan kaki seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Pelepasan peserta berjalan santai sejauh 1.5KM ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Turut hadir mengiringi YB Menteri, Yang Berusaha Puan Ramona Mohd Razali, TKSU (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berbahagia Datin Paduka TPr. Noraini Roslan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang, Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor, Encik Mohd Firdaus bin M.Sahir, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness.
Sambutan penduduk?Taman Rakyat Sri Andalas, Klang sangat memberangsangkan apabila seawal ⏰ 6.00 pagi telah membanjiri taman awam ini sempena Majlis Pelancaran Program Senaman Warga Emas dan Jalan Untuk Sihat (JUST) Peringkat Negeri Selangor pada ?️ 22 Jun 2024 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Selain membuat pelepasan berjalan santai? 1.5KM Program JUST, YB Hannah turut mencuba sukan baharu iaitu pickleball yang dibawakan oleh Persatuan Pickleball Selangor dan Rakan Bumi: Program Tanam Pokok yang diselia oleh Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Negeri Selangor.
Turut hadir mengiringi YB Menteri, Yang Berusaha Puan Ramona Mohd Razali, TKSU (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berbahagia Datin Paduka TPr. Noraini Roslan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang dan Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor.
Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua yang terlibat secara langsung dan dibelakang tabir. ?
Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (Team JBS Selangor) telah menganjurkan Program Kasih Korban Team JBS Selangor pada 13 Zulhijjah 1445 bersamaan 20 Jun 2024 (Khamis) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor. Team JBS Selangor memperoleh sumbangan seekor lembu ? daripada Pejabat Parlimen Gombak dan sumbangan dua ekor kambing ? daripada Pejabat Parlimen Gombak dan Pejabat EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia yang tidak berkemampuan menyertai ibadah korban. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara ahli melalui aktiviti melapah daging dan proses memasak untuk jamuan tetamu yang hadir.
Tahniah kepada Team JBS Selangor atas inisiatif ini ? dan kepada penyumbang “terima kasih daun keladi, tahun depan dapat menyumbang lagi.” ?✨
Telah berlangsung satu lawatan ke Taman Botani - Eksplorasi Tasik Cermin sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling 2024 yang bermula pada 19 hingga 21 Jun 2024.
Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor mencemar duli untuk menyertai aktiviti eksplorasi ?♀️ini bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan di Daerah Petaling dan juga bersama belia-belia setempat untuk merasai sendiri pengalaman meneroka alam semula jadi (Back To Nature) ? di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor dan diiringi oleh Pegawai Unit Belia & Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Petaling semasa sesi mendaki.
JBSN Selangor telah menerima kunjungan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua pada 19 Jun 2024 (Rabu). Kunjung hormat tersebut telah diketuai oleh Puan Dalila Binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk membina hubungan kerjasama antara JBSN Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) dengan IKTBN Dusun Tua di samping mempromosikan calon belia lepasan sekolah untuk menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Turut hadir dalam kunjung hormat ini adalah perwakilan daripada MBS.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan atas kunjung hormat tersebut.
JBSN Selangor telah mengadakan Mesyuarat Postmortem Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Negara 2024 (HBN 2024) Peringkat Negeri Selangor pada 19 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat, JBSN Selangor.
Tahniah dan syabas kepada Sekretariat Induk & Jawatankuasa Kerja HBN Peringkat Negeri Selangor antara JBSN Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor bersama Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor kerana telah menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2024 pada 17 hingga 19 Mei 2024 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Hulu Selangor yang lalu.
Semoga pelaksanaan program HBN lebih cemerlang pada tahun hadapan. MBS dan MBD akan sentiasa bersama-sama JBS Negeri Selangor dalam apa jua program pembangunan belia di negeri Selangor.
JBSN Selangor akan melaksanakan Program Senaman Warga Emas 2024 yang melibatkan pelaksanaan di empat (4) daerah iaitu Petaling, Klang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Tujuan program ini diadakan untuk membina ? jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi serta penggiat kecergasan.
Sempena pelaksanaan program tersebut, satu Majlis Pelancaran Senaman Warga Emas Negeri Selangor akan diadakan pada ?️ 22 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di ?Taman Rakyat Sri Andalas, Klang yang akan disempurnakan oleh ✨ YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. ✨
Ayuh warga emas Selangor, luangkan masa anda untuk hadir memeriahkan lagi acara‼️
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231