PROJEK REBEN KUNING SELANGOR 2024 MELABUHKAN TIRAI ?✨
Bertempat di Pusat Koreksional Puncak Alam pada 1 Ogos 2024 (Khamis) telah berlansungnya Majlis Penutup Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Selangor 2024 disempurnakan oleh YDH TKP Aminon bin Adnan, Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor, Tuan Mohd Haniff bin Che Omar, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, Tuan Sabri bin Mat Saat, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKBN Kuala Langat, Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak, Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan, Penolong Pengarah (Belia), JBSNegara, ACP Ramli bin Kasar, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis, Kapten Muhammad Hafiz Saroni, Majlis Belia Negeri Selangor, Barisan Tenaga Pengajar IKBN Kuala Langat dan IKBN Peretak serta Pegawai & Urus Setia Jabatan Penjara, JBSN Selangor, Sekolah Integriti Puncak Alam, IKBN Kuala Langat & Peretak.
Seramai 31 orang prospek dan Orang Diselia (ODS) telah mengikuti kursus/ latihan kemahiran bagi Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Selangor yang telah dilaksanakan bermula 27 hingga 1 Ogos 2024 bertempat di Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) dan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang (PRP Sepang).
Program ini dilaksanakan selama empat (4) hari berkonsepkan latihan pembangunan kemahiran serta pengisian yang mengandungi pengisian jati diri belia malaysia yang memfokuskan kepada pembinaan motivasi diri dalam kehidupan yang bertemakan ‘Aku Bangkit Kembali’ serta peluang dan penciptaan pekerjaan kepada prospek/ ODS. Kesemua peserta mempunyai potensi dan kemahiran tersendiri serta menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan kemahiran ini apabila telah dibebaskan kelak.
Antara latihan kemahiran yang disediakan kepada peserta di Sekolah Integriti Puncak Alam ini adalah kemahiran Kursus Asas Gunting Rambut (Basic Haircut for Men) dan dua (2) latihan kemahiran yang diadakan di PRP Sepang, Selangor adalah Kursus Asas Fotografi dan Kursus Asas Terapi Sukan.
Syabas dan tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia di bawah PKPA dan PRP Sepang di atas inisiatif bersama dalam meneruskan Projek Reben Kuning ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan lebih erat dan dapat menyuntik semangat anak muda untuk terus bersama-sama dengan JBSN Selangor dalam menjayakan visi dan misi KBS.
#PeluangKedua
#AkuBangkitKembali
#ProjekRebenKuningSelangor
- JBS Selangor
- Hits: 159
