PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU PICKLEBALL NEGERI SELANGOR 2024
Pickleball adalah sukan raket yang berkembang pesat yang mengabungkan elemen tenis ? , badminton ? dan ping pong ? . Ia dimainkan dengan alat paddle dan bola plastik berlubang di atas gelanggang dengan net yang direndahkan (3 kaki).
Pickleball sesuai untuk pemain dari semua peringkat umur dan kemahiran, menjadikannya sangat mudah di akses dan inklusif. Ia boleh dimainkan secara perseorangan (single) atau beregu (double) dan peraturannya agak mudah untuk di fahami.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai sukan ini ?♀️ Jom daftar dan sertai kami;
Bertemakan Rakan Bumi dan Rakan Prihatin, Larian Rakan Muda X Merdeka sempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) Edisi Ogos 2024 telah berlangsung di ?Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 Ogos 2024.
Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Belia), JBSN Selangor turut hadir dan mengiringi YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam ketika acara pelepasan peserta larian. Seterusnya dif-dif kehormat turut mengadakan lawatan ke setiap ‘check point’ yang dikendalikan oleh MAIS sempena Larian Kemerdekaan MAIS.
Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada para pengunjung antaranya Bazar Belia X SAHTK, pertandingan pakaian beragam (keluarga), pertandingan basikal berhias, pertunjukan parrot brothers, mobile library, kenderaan bergerak MBSA serta pelbagai lagi aktiviti yang menjadi tarikan kepada pengunjung.
Turut hadir YAD. Dato' Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling; YBrs. Puan Norsiah Juriani Johari, Ketua Kumpulan Komunikasi & Pemasaran MBSB dan YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.
Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNegara, Encik Dharzuky Daud telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Pertandingan “Aerobic Dance” Negeri Selangor ?? Tahun 2024.
Berlangsung di ?Aeon Mall Shah Alam, pertandingan ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Malaysia, Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness dan AEON co (M) Bhd ?
Tahniah dan syabas kepada pemenang dan keputusanya adalah seperti berikut:?
? Kategori Remaja (17 Tahun dan ke Bawah)
? Citra Jentayu
? Kategori Remaja (18 Tahun dan ke Atas)
? Cyberfitness Club
Kedua-dua pasukan ini akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan pada ?️ November 2024.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MBS DAERAH PETALING KALI KE-40 TAHUN 2024 ✍️✨
Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Selangor telah menghadiri Mesyuarat AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH PETALING KALI KE-40 TAHUN 2024 pada ?️ 10 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di ?Dewan Serbaguna Pustaka Raja Uda, Seksyen 13, Shah Alam yang telah dirasmikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Belia) JBSN Selangor.
Hadir sama ke sesi ini ialah Encik Mohd Saibie bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling dan Pegawai Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Selangor.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengadakan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos 2024 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
ASNB memerlukan seramai 120 Tenaga Kerja Sementara (TKS) bagi menjayakan program MSAM 2024. Justeru itu, ASNB dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor menjemput semua pertubuhan belia (NGO) Negeri Selangor untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini sekaligus dapat pengalaman dan manfaat sebagai TKS MSAM 2024.
Jom ramai2 hadir sesi taklimat pengambilan TKS yang akan diadakan pada 13 & 14 Ogos ini bertempat di ASNB Shah Alam.
KURSUS ASAS PENGEKODAN (SIRI 2) NEGERI SELANGOR ?✨
Pendedahan pengekodan kepada golongan belia pada masa kini adalah amat penting kerana ianya dilihat sebagai salah satu bidang yang perlu diterokai. Melalui penyertaan didalam program ini, para peserta akan dapat membentuk asas yang kukuh untuk mengasah kemahiran pemikiran komputasional dikalangan belia. Pembelajaran pengekodan adalah sejajar dengan tuntutan dan peluang menerokai bakat di dalam dunia yang lebih terhubung dengan teknologi terkini.
Menerusi inisiatif Rakan Muda, bidang ini difokuskan di bawah Gaya Hidup Rakan Digital dan ia merupakan salah satu daripada 10 Gaya Hidup yang diperkenalkan ketika Pelancaran Rakan Muda: Nafas Baharu pada 25 Jun 2023.
Kerjasama ? di antara Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Selangor dan HEE Tech Academy, Kursus Asas Pengekodan (Siri 2): Python & Dron telah dilaksanakan pada 3 Ogos 2024 (Sabtu)?bertempat di HEE Tech Academy, Subang Jaya. Pengaturcaraan Aduino dan Pengekodan Dron telah membawa peserta mengenali lebih dalam mengenai ilmu teknologi serta inovasi. Minat baharu yang perlu dicungkil seiring dengan perubahan zaman ?✨
Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), JBSN Selangor turut meluangkan masa hadir ke kursus tersebut dan mendapat beberapa input baharu berkenaan dengan dron khususnya. ?
Terima kasih HEE Tech Academy kerana sudi berkolaborasi ?
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI SELANGOR SEMPENA SUKMA XXI TAHUN 2024
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) akan menghantar Kontinjen bagi menyertai Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 di Negeri Sarawak. Seramai 1,050 atlet Selangor akan menyertai dalam 37 acara yang dipertandingkan.
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor pada 3 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor turut hadir bagi memberi sokongan dalam majlis ini.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231