- JBS Selangor
- Hits: 169
KEMERIAHAN VOLUNTEER DAY RAKAN MUDA @ PUNCAK ALAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
?KEMERIAHAN VOLUNTEER DAY RAKAN MUDA @ PUNCAK ALAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023?
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Alumni Penggerak Rakan Muda Malaysia telah melaksanakan Volunteer Day Rakan Muda @ Puncak Alam Peringkat Negeri Selangor bertempat di Puncak Alam Golf Driving Range. Bermula jam 8.00 pagi, aktiviti Aerobicthon berjaya menarik minat lebih dari 100 orang.
Program ini bertujuan meraikan dan menghargai sumbangan para Sukarelawan yang banyak membantu dan menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran acara di negeri Selangor.
Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti Netball 3 on 3, Sepak Penalti, E-Sports, Street Fitness Challenge, BMX Clinic, Art Clinic, Sukan Rakyat Untuk Semua, Mini 4WD, Pameran & Jualan serta Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ikon Sukarelawan Belia Selangor. Lebih menarik lagi, hadiah cabutan bertuah turut disediakan bagi semua pengunjung yang hadir.
Majlis Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi. Turut hadir, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta jemputan dari Agensi Kerajaan dan Swasta Negeri Selangor.
#TeamKBS
#TeamJBSNSelangor
#MalaysiaMADANI
#VolunteerDaySelangor
#RakanMuda
#YakinBoleh
- JBS Selangor
- Hits: 169
