- JBS Selangor
- Hits: 205
PERMOHONAN DANA SUKAN KOMUNITI SECARA ONLINE TELAH DIBUKA DEMI PEMBANGUAN SUKAN NEGARA MELALUI PENGANJURAN SUKAN KOMUNITI
KBS, Julai 2023: Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan (DSK KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk dana bagi penganjuran program sukan komuniti Kementerian/Kerajaan Negeri/Jabatan/Agensi/Komuniti/Persatuan Sukan/Persatuan Belia/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/Badan Beruniform/Sekretariat Rakan Muda dan seumpamanya.
Kaedah pemberian bantuan DSK KBS adalah secara one-off dan secara (70/30) iaitu 70 peratus sebelum program dan baki 30 peratus selepas laporan pelaksanaan diserahkan.
Objektif DSK ??
? SKOR IBSM
? Meningkatkan skor IBSM selaras yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12
?PEMBUDAYAAN SUKAN
? Melaksanakan aspek pembudayaan sukan kepada semua peringkat tanpa meminggirkan kelompok masyarakat tertentu
?MENJANA SINERGI MULTI SEKTOR
? Menjana sinergi multi sektor melalui koordinasi program dan intervensi sosial berimpak tinggi bersama pemegang taruh di pelbagai peringkat
?MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN FASILITI
? Mengoptimumkan penggunaan fasiliti belia, sukan dan awam sedia ada di komuniti setempat
?PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
? Mengupayakan peranan rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan sukan untuk semua di peringkat komuniti setempat dan mencapai sasaran pembangunan sukan negara secara bersama
✅Untuk maklumat lanjut berkaitan Dana Sukan Komuniti (DSK) sila layari pautan berikut
https://www.kbs.gov.my/dsk
✅Sila daftar sebagai pengguna sebelum memohon Dana Sukan Komuniti (DSK) di pautan berikut ⏩
http://dsk.kbs.gov.my/ks_user/login.php
- JBS Selangor
- Hits: 205




