COURTESY CALL AND DIALOGUE SESSION BY THE INDIA-MALAYSIA YOUTH EXCHANGE PROGRAMME DELEGATES WITH SELANGOR STATE YOUTH AND SPORTS DEPARTMENT
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia (JBS), Encik A. Raman Bin Musbah hari ini telah menerima Kunjungan Hormat dan Sesi Dialog dari delegasi India-Malaysia Youth Exchange Programme yang diketuai oleh Dr. Dinesh Gajendran, Partnership & Resources – South Asia Office of the Youth Coordinator Asia Region bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 5, Plaza Perangsang disini. Delegasi ini juga telah disertai dengan kekuatan belia seramai 59 orang termasuk 3 orang pegawai iringan daripada 3 universiti yang terlibat.
Kunjungan hormat dan Sesi Dialog ini bertujuan untuk membincangkan jalinan dan kerjasama antara kedua-dua pihak yang melibatkan beberapa aspek seperti perancangan program belia, sukan dan Rakan Muda yang boleh dikolaborasi secara bersama untuk masa hadapan. Pembentangan mengenai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia (JBS), Encik A. Raman Bin Musbah. Turut hadir bersama adalah Puan Nurul Atiqah binti Abdul Rahman (Bahagian Pembangunan Sukan), Encik Azlan Bin Sab (Bahagian Pembangunan Rakan Muda), Encik Murugapperumal Pillai A/L Subramaniam dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dan beberapa orang pegawai dari Bahagian Pembangunan Belia.
Pelbagai soalan telah dikemukakan secara aktif daripada delegasi ini dan menunjukkan minat mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu pembangunan belia dan juga merangkumi sukan serta Rakan Muda khususnya. Semoga sesi hari ini memberikan satu medium pertukaran maklumat dan budaya diantara dua negara secara berkesan.
SKILLS FOR LIFE IKBN PERETAK 2.0 : BASIC HAIRCUT FOR MEN
11 Jun 2023 - Telah berlangsung Program Skill For Life 2.0 : Basic Haircut For Men anjuran IKBN Peretak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bertempat di Bilik Seminar IIUM Cultural Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2023.
Program Skills For Life ini menawarkan latihan kemahiran asas kepada belia, khususnya kumpulan sasar anak muda setempat dengan menggunakan kaedah 'Do It Yourself'. Program tersebut telah mendapat sambutan dan telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia yang berusia 15-25 tahun.
Program ini turut dilawati oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor semasa sesi lawatan beliau ke booth pameran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2023.
Semoga dengan adanya program seperti ini mampu membantu menangani kos sara hidup seharian yang dihadapi oleh belia masa kini disamping dapat memperkasakan belia dengan kemahiran tambahan dan juga menambahkan lagi keyakinan para belia dalam memberi perkhidmatan dan peluang keusahawanan.
SESI LIBAT URUS PENGURUSAN ORGANISASI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 27 Jun 2023 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Pengurusan Organisasi di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor oleh Bahagian Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor.
Sesi Libat Urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar pengurusan organisasi di JBS Negeri Selangor dan sembilan (9) daerah Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di bawahnya meliputi aspek perjawatan, penempatan dan pengurusan sumber manusia. Selain itu, turut dibincangkan berkenaan organisasi di samping mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan.
Sesi Libat Urus BPSM tersebut telah diketuai oleh YBrs. Puan Rai’dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, BPSM, KBS bersama pegawai- pegawai BPSM.
Kehadiran pihak BPSM tersebut telah disambut oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBS Negeri Selangor bersama warga kerja JBS Negeri Selangor.
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR ZAHIRKAN PERANGI RASUAH MELALUI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
SEPANG, 21 Jun 2023 – Telah berlangsung Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berkolaborasi bersama SPRM Negeri Selangor bagi merealisasikan semangat anti-rasuah di peringkat jabatan yang telah dilaksanakan di Dewan Seminar , Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.
Program bermula dengan penyampaian ceramah bertajuk "Taklimat Kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 2009” yang telah disampaikan oleh PPj Muhamad Firdaus Bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor. Taklimat yang disampaikan merujuk kepada isu-isu perolehan kerajaan dan kesalahan di bawah seksyen 18 ASPRM melibatkan tuntutan palsu di dalam perolehan dalam mengadakan program-program sukan.
Seterusnya Majlis diteruskan dengan Lafaz ikrar bebas rasuah ini diketuai oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.
Turut hadir sama Encik A. Raman Musbah, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, warga kerja JBSN Selangor serta pegawai Penmas SPRM Negeri Selangor.
Majlis di akhiri dengan simbolik penyerahan bahan kempen antirasuah dari SPRM Negeri Selangor kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231