Telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Badminton GEGAR BELIA anjuran Majlis Belia Negeri Selangor (MBS). Penglibatan badan gabungan dari Majlis Belia Daerah-Daerah (MBD) juga turut dilibatkan bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBS) serta Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Turut hadir pada sesi ini adalah Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBS) dan YB Dato' Mohd Imran Bin Tamrin selaku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor (MBS).
Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah bagi menjalinkan hubungan jaringan kerjasama yang lebih erat diantara Pertubuhan Belia selaku Rakan Strategik kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) selaku agensi penguatkuasaan Akta 668 juga perlu disinergikan dengan pertubuhan belia secara berkala khususnya dalam menfokuskan persediaan dan persiapan pertubuhan belia untuk melalui proses transisi kepimpinan yang melibatkan peralihan Had Umur Belia dari 15 - 30 tahun yang bakal dikuatkuasakan kelak.
Secara tidak langsung akan dapat memupuk dan mendidik pertubuhan belia di Negeri Selangor untuk memastikan proses tadbir urus Pertubuhan Belia berjalan dengan baik dan lebih efisien pada masa hadapan.
- JBS Selangor
- Hits: 121
