TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada 12,500 warga SELANGOR yang datang menyokong menyaksikan perlawanan Separuh Akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di 8 lokasi Skrin Besar malam tadi.
Ribuan hadirin membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi menzahirkan sokongan buat pasukan Malaysia ??
Harimau Malaya membawa bekalan ke perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Bangkok selepas menewaskan Thailand 1-0 hasil jaringan Faisal Halim ? ⚫️
Turut hadir YAB. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor; YB. Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBrs. Tuan Dr. Nor Fuad Bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Shah Alam dan Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Ribuan hadirin membanjiri Laman MBPJ bagi menzahirkan sokongan buat pasukan Malaysia
Tayangan siaran langsung “big screen” ini dibawakan secara eksklusif oleh KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara.
Harimau Malaya membawa bekalan ke perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Bangkok selepas menewaskan Thailand 1-0 hasil jaringan Faisal Halim
Jom meriahkan “Live Big Screen” Perlawanan Separuh Akhir Pertama AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Pasukan Harimau Malaya menentang Pasukan Gajah Perang Thailand yang disediakan di 8 lokasi.
KUNJUNG HORMAT MAJLIS BELIA SELANGOR KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Ahli Majlis Tertinggi Majlis Belia Selangor (MBS) diketuai YB Dato’ Imran Tamrin, Presiden MBS telah mengadakan Kunjung Hormat ke Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor pada 4 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor.
Kunjung hormat itu diadakan bagi sesi suai kenal diantara ahli jawatankuasa MBS bersama Pengarah baharu JBS Negeri Selangor, YBrs Puan Azura binti Sarbin.
Pelbagai maklumat dikongsikan oleh MBS dan JBS dalam sesi kunjung hormat tersebut bagi meneruskan hala tuju MBS dalam membantu belia-belia di Negeri Selangor.
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSNegara) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Mendaki Kebangsaan dengan kerjasama Persekutuan Mendaki Malaysia pada 17 hingga 18 Disember 2022 yang diadakan di Sunway Velocity Mall. Encik A. Raman bin Musbah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut hadir ke majlis perasmian pertandingan tersebut yang disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan), JBSNegara.
Pertandingan tersebut dianjurkan dengan melibatkan dua (2) displin iaitu “boulder” dan “speed” bagi kategori terbuka, senior dan remaja. Juara keseluruhan bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Team Selangor.
MOBILASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SELANGOR - PEMBUNGKUSAN PEK BANTUAN BANJIR
08 Disember 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA) dan Malaysia Relief Agency (MRA) Selangor mengambil inisiatif untuk bersama-sama menyediakan 500 Pek Bantuan Banjir sebagai bantuan awal yang akan diedarkan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Pek Bantuan Banjir tersebut mengandungi barangan makanan kering dan barangan penjagaan kebersihan diri yang telah di taja oleh MR DIY.
Pada hari ini telah berlangsung sesi pembungkusan sebanyak 500 Pek Bantuan Banjir oleh Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) negeri Selangor dan sukarelawan MRA Selangor bertempat di Gudang MRA Selangor, Petaling Jaya, Selangor.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Dengan berakhirnya edisi pertama Kejohanan Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League - MiLL 2022) yang berlangsung pada 3 hingga 4 Disember 2022 bertempat di UKM Bangi menyaksikan dua (2) kemenangan milik kontinjen Selangor!
Berikut merupakan keputusan kejayaan kontinjen Selangor di Kejohanan “MiLL 2022”;
B-12 (Lelaki)
: SK [1] Petaling Jaya (Selangor)
: SK Sabak (Kelantan)
: SK Titom (Pahang) & SK Sungai Udang (Melaka)
B-16 (Wanita)
: Selangor
: Kedah
: Sabah & Pahang
PENERIMA ANUGERAH KHAS “MALAYSIA LITTLE LEAGUE”
B-12 (Lelaki)
Penjaring Terbanyak: Milan A/L Langsai (SK Titom) - 6 gol
Penjaga Gol Terbaik: Adam Deniesh Faizal (SK [1] Petaling Jaya)
Pemain Terbaik Kejohanan: Muhammad Asraf Rusdi (SK [1] Petaling Jaya)
B-16 (Wanita)
Penjaring Terbanyak: Nuratiqah Batrisya Mohd Zuhri (Selangor) - 12 gol
Penjaga Gol Terbaik: Daliea Eliesa Mohd Hafiz (Selangor)
Pemain Terbaik Kejohanan: Kanchenjeey Kaur Nanja (Selangor)
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Abd Aziz Abd Rahman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231