Telah berlangsung Program Women's Health and Wellness Negeri Selangor 2022 pada 9 November 2022 bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam.
Program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan di Negeri Selangor.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Yang Berusaha Puan Azura Hj Sarbin telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta.
Turut hadir Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Pn. Nurdiyana binti Khairron Anuar, ketua unit komunikasi korporat dan Antarabangsa, Taman Botani Negara Shah Alam dan Presiden Persatuan Senamrobik Selangor Puan Salawati Tokimin.
Sebagai langkah memperkukuhkan hubungan dengan agensi rakan strategik, sesi kunjung hormat dan perkenalan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor kepada YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Pengarah Pembangunan (ICU) Negeri Selangor telah diadakan pada pagi ini.
Kunjung hormat tersebut turut disertai, Encik A Raman bin Musbah, Timbalan Pengarah (Belia), Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) serta Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ini bagi memperkasakan lagi program pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda khususnya di Negeri Selangor. Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara dua agensi ini.
Sesi 2: Proses Pembelajaran Penuh Peserta Program Reben Kuning bagi Modul Operasi dan Penyelenggaraan Forklift yang dilatih sepenuhnya oleh dua orang tenaga pakar iaitu Encik Muhammad Hamdan Bin Abdullah Hazam dan Encik Thinakaran Narayanan. Keduanya merupakan pegawai di IKTBN Sepang.
Seramai 10 orang peserta ODS telah berjaya dipilih semasa Sesi 1 iaitu Pemilihan dan Sesi Temuduga yang diadakan pada 21 Oktober 2022 yang lalu di PRP Sepang. Para peserta telah menunjukkan minat dan prestasi yang memberangsangkan sepanjang sesi teori dan praktikal berlangsung. Peserta akan menduduki Ujian Bertulis dan juga Ujian Praktikal bagi membolehkan mereka ditauliahkan dengan Pentauliahan “Competent Forklift Operator” yang akhirnya akan membuka peluang yang sangat cerah bagi bakal bebas banduan ini untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya membuka episod baru dalam kehidupan mereka kelak yang dikenali sebagai Peluang Kedua Kehidupan.
Majlis Perasmian Penutupan Program Reben Kuning akan diadakan pada 11 November 2022 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Kompleks Penjara Kajang. Dijangkakan seramai 100 orang tetamu jemputan akan menghadiri majlis ini. Terima kasih kepada semua agensi dan Rakan Kongsi Strategik yang terlibat dari awal pelaksanaan yang bermula seawal perancangan iaitu pada Mei 2022 – 11 November 2022 iaitu Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Majlis Belia Negeri Selangor (MBS), Penjara Negeri Selangor & WPKL, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN) dan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang (PRP Sepang).
Program Aspirasi Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2022 yang telah diadakan pada hari ini, berjaya menarik minat lebih 300 orang para peserta yang terdiri daripada Sekretariat Rakan Muda (SRM IPT) negeri Selangor iaitu SRM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), SRM Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Politeknik Banting, INTRA International College, Kuala Selangor dan jemputan khas dari SRM Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Program tersebut telah diadakan di Hutan Simpan Banjar Utara, Pantai Bagan Pasir, Tanjung Karang, Kuala Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Program "Tanam Pokok Bakau" ini diadakan Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik A.Raman bin Musbah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan turut dihadiri Encik Ganaraj Katharayan, Penolong Pengarah Silvikultur & Perlindungan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua agensi dan para peserta yang telah terlibat menjayakan program pada hari ini.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231