Telah berlangsung Program Jom Derma Darah @ KBS Peringkat Negeri Selangor pada 17 dan 18 September 2022 bertempat di Central i-City, Shah Alam dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Objektif program ini adalah untuk merealisasikan usaha KBS bagi memupuk kesedaran, keprihatinan, nilai murni dalam diri dan menggalakkan golongan belia khususnya dan #KeluargaMalaysia di peringkat akar umbi secara sukarela menjadi penderma.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menderma darah.
- JBS Selangor
- Hits: 311
