- JBS Selangor
- Hits: 151
ENCIK GEORGE FREDRICK KEKUATAN PASUKAN SORAK SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-20 MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) 2022 BAGI NEGERI SARAWAK
26 September 2022 – Encik George Fredrick Anak Noew, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor teleh ditugaskan sebagai Penyelaras Pasukan Sorak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 bagi Negeri Sarawak yang telah berlangung di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan juga Pulau Langkawi, Kedah. Kontinjen Negeri Sarawak menduduki tempat ke-4 dengan pencapaian 32 Emas, 43 Perak dan 52 Gangsa.
SUKMA adalah Temasya Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan remaja secara dwitahunan ini. Selain bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat baru dalam bidang sukan, pemilihan negeri–negeri selaku tuan rumah adalah bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri – negeri bagi membantu pembangunan sukan secara keseluruhan di Malaysia.
- JBS Selangor
- Hits: 151
