Team Sepak Takraw Selangor menempah slot ke suku akhir apabila menjadi Naib Johan Kumpulan D dengan menewaskan Perak dan Kedah akan tetapi kalah dengan Kuala Lumpur sebagai Johan Kumpulan D pada Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Kebangsaan 2022.
Tepat jam 3.30 petang ini, Selangor akan menentang Melaka untuk terus melangkah ke separuh akhir.
Semoga Team Selangor terus dipermudahkan untuk mencapai kemenangan
Telah berlangsung perlawanan pertama sepak takraw Team Selangor menentang Perak di Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Kebangsaan 2022 bertempat di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN) Kuala Lumpur. Selangor menang pada perlawanan ini dengan mata 21-9 pada set pertama dan 21-9 pada set kedua.
PUCHONG, 26 OGOS 2022 - Kejohanan MSL Peringkat Kebangsaan sedang berlangsung bermula 25 - 28 Ogos 2022 dengan 7 acara dipertandingkan di pelbagai arena. Daerah Kuala Langat diwakili pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Wanita pada kejohanan tersebut. yang diadakan di KSL Sports Puchong. Johan pada aksi MSL Peringkat Negeri Selangor, pasukan itu terus dibawa bagi mewakili Negeri Selangor pada kejohanan MSL Peringkat Kebangsaan.
BANTING, 26 OGOS 2022 - Pelaksanaan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia Peringkat Negeri Selangor 2022 yang telah diadakan di Kolej Komuniti Kuala Langat anjurkan PBSD Kuala Langat dengan kerjasama MBSD Kuala Langat & Kolej Komuniti Kuala Langat. Seramai 150 orang peserta telahpun hadir di dalam program ini.
Slot pertama disampaikan oleh penceramah dari PDRM, ASP Mohd. Hanif Bin Yusoff, Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kuala Langat yang bertajuk Jenayah Siber dan Scammer. Bagi slot kedua disampaikan oleh En Mohd Rashidi Bin Abd Raof, Pegawai Pendidikan Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Kuala Langat yang bertajuk Penyalahgunaan Dadah dan Hukuman.
Telah berlangsung satu taklimat sempena persediaan kontinjen Selangor ke Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Kebangsaan pada 25 hingga 28 Ogos 2022 bertempat di KSL Puchong dan Stadium Juara, Bukit Kiara. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) wakil kepada Pengarah JBSN Selangor yang dihadiri oleh Pegawai Belia & Sukan Daerah dan semua pengurus pasukan.
Warga Selangor mendoakan agar kontinjen Selangor pulang dengan kejayaan bagi sukan yang dipertandingan iaitu Bola Keranjang, Sepak Takraw, Badminton, Futsal & Bola Jaring.
Satu perjumpaan telah diadakan bersama Encik Shahrul Izwan bin Mat Sharif, Pegawai Belia dan Sukan dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bersama Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam bagi membincangkan pelaksanaan Program 1000 Liga bagi Daerah Sabak Bernam
Program 1000 Liga akan diadakan di Daerah Sabak Bernam dan sebanyak 7 (tujuh) acara akan dilaksanakan antaranya adalah kejohanan catur, kejohanan badminton, kejohanan pentaque, pertandingan memanah, kejohanan ping pong dan pertandingan Dart serta ten pin Bowling.
Shah Alam, 24 Ogos 2022 - Majlis penyerahan baju kontingen Negeri Selangor bagi Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Kebangsaan 2022. Tan Ee Shya merupakan Pengurus Pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Wanita Negeri Selangor dan pasukan ini dari Daerah Kuala Langat yang merupakan johan MSL Peringkat Negeri.
Semoga Berjaya Team Bola Keranjang Kuala Langat Chaiyok
Shah Alam, 24 Ogos 2022 - Sesi taklimat Pengurus Pasukan Kontinjen Negeri Selangor ke Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Kebangsaan 2022 diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Bertempat di Kompleks Sukan SkyArena, Kuala Lumpur dan Stadium Jugra, Bukit Kiara, MSL Kebangsaan akan dijalankan selama 2 hari dan pasukan Kuala Langat menghantar 2 pasukan menwakili Negeri Selangor iaitu Bola Keranjang Lelaki dan Wanita
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231