- JBS Selangor
- Hits: 192
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN 1443H DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2022 (KHATAM AL-QURAN)
KAMPUNG MELAYU RASA, 26 APRIL 2021 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Rakan Muda Ramadan 1443H Daerah Hulu Selangor Tahun 2022 bagi para peserta yang terlibat dalam Tadarus Al-Quran dari Maahad Tahfiz Al-Fateh (Lelaki) seramai 47 orang dan Maahad Tahfiz Al-Quran Dhiya Lilbanat (Perempuan)seramai 25 orang. Lebih 200 orang tetamu hadir pada Majlis Khatam tersebut.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri (Pegawai Daerah/Tanah Hulu Selangor). Turut hadir bersama adalah Encik Shamsul Anuar Bin Adnan (Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Selangor) serta Ketua Agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor dan Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah menjayakan program.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 192
